Gambar hiasan... Kumpulan permotoran dinasihatkan tidak mengadakan aktiviti konvoi ketika ini kerana negara masih berdepan Covid-19. - Kredit foto: Sumber internet


Kelab atau persatuan kumpulan permotoran dinasihatkan tidak mengadakan aktiviti berkonvoi ketika ini termasuk sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 kerana negara masih lagi berdepan pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata sesi perjumpaan secara santai di lokasi-lokasi tumpuan ramai pada hujung minggu juga seharusnya dielakkan.

“Negara masih berdepan Covid-19 dengan pelbagai jenis varian termasuk varian Delta yang mudah berjangkit ketika ini. Oleh itu, dinasihatkan elakkan buat masa ini sebarang aktiviti melibatkan perkumpulan.

"Ini supaya pergerakan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pandemik Covid-19,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro bertarikh 29 Ogos 2021.

Katanya lagi, ia juga bagi mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya seperti mana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama di negeri Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tambah beliau, pihak JSPT sudah bersedia dengan perancangan dalam mengatur penugasan Op Khas Ambang Merdeka 2021. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0

Copy Link: