Gambar hiasan... JAIS bakal persembahkan nama-nama individu yang enggan divaksin kepada Sultan Selangor. - Kredit foto: selangor.gov.my


JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) bakal mempersembahkan senarai nama individu yang enggan divaksin kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 24 September 2021 ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata senarai berkenaan melibatkan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pentadbir masjid dan penolong pendaftar nikah yang bertugas di negeri berkenaan.

“Seramai 827 individu terlibat telah dipanggil bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi program vaksinasi khas diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 22 September 2021.

“Mana-mana individu yang telah menolak untuk divaksinasi nama mereka akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

“Perbincangan secara lanjut akan dilakukan berhubung tindakan yang boleh dikenakan mengikut peruntukan kuasa yang ada terhadap individu enggan divaksin,” katanya dipetik laporan Kosmo, 22 September 2021.

Sementara itu, untuk info media sebelum ini melaporkan Sultan Sharafuddin bertitah bahawa pihak yang masih enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 bakal berdepan kemungkinan untuk tidak dibenarkan meneruskan tugas selepas ini. - KitaReporters


2
9
0
8
0

Copy Link: