Khairy menjelaskan perkara itu bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna. - Kredit foto: Bernama


MENTERI Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Khairy menjelaskan perkara itu bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh yang mereka mendapat kadar vaksin yang sempurna.

"Untuk tidak berlaku apa-apa keraguan, saya telah mengarahkan pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk petugas kesihatan tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti vaksin sempurna sebelum suntikan.

"Kedua, kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh video penerimaan suntikan mereka dan boleh rakamkan video diri anda menerima vaksin, jadi anda dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan," jelasnya seperti dipetik oleh Astro Awani pada Jumaat, 23 Julai 2021.

Kebenaran itu tegas beliau juga diberikan agar tidak menganggu perjalanan program PICK ketika ini.

"Saya mahu petugas kesihatan tahu, bahawa saya sentiasa ada di belakang anda. Ini cuma satu atau dua kes kecuaian manusia, ia tidak boleh menyebabkan segala susah payah dan kerja keras anda semua tidak bermakna.

"Terima kasih semua petugas barisan hadapan," jelasnya dalam sidang media harian Program PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba. - KitaReporters


KEBENARAN itu tegas Khairy diberikan agar tidak menganggu perjalanan program PICK ketika ini. 


 

0
0
0
0
0

Copy Link: