Berita Terkini| JPJ Kelantan sasar RM600k! Kutipan bayaran diskaun saman sempena kemerdekaan!

Published by
KitaReporters


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kelantan menyasarkan RM600,000 bagi kutipan bayaran saman yang boleh dikompaun melalui inisiatif pengurangan kadar kompaun sebanyak 70 peratus sehingga 16 September ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya telah memperoleh kutipan bayaran saman sebanyak RM54,273 sejak ia dilancarkan bermula 17 Ogos 2021 lalu.

Pengurangan kadar kompaun itu sempena Hari Kebangsaan Ke-64 itu diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun sebagaimana yang disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003 kecuali kes yang sudah didaftarkan di mahkamah termasuk berstatus waran tangkap dan belum Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA).

"Tawaran pengurangan kompaun bagi kesalahan berkenaan turut diberikan kepada pemandu atau pemilik kenderaan warganegara asing kecuali membabitkan kes atau kesalahan yang sudah dirujuk oleh JPJ kepada pihak berkuasa lain, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Justeru, saya menyeru kepada orang ramai untuk hadir ke JPJ bagi menyelesaikan saman masing-masing dengan kadar pengurangan saman yang diberikan.

"Tahun lepas, dalam program yang sama, pihak kami berjaya mengutip jumlah kompaun sebanyak RM718,764," katanya seperti dipetik Berita Harian, Khamis 26 Ogos 2021. - KitaReporters


 

 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: