Gambar hiasan... Pemberian vaksin Covid-19 diperluaskan kepada remaja usia 12 hingga 17 tahun secara dua kategori. - Kredit foto: malaysiakini.com


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan untuk memperluaskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang akan dibahagi kepada dua kategori atau bahagian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia melibatkan individu berusia 12 hingga 15 tahun yang punyai masalah kesihatan tertentu serta untuk semua yang berumur 16 dan 17 tahun dengan atau tanpa punyai masalah kesihatan tertentu.

Ujarnya, bagaimanapun implementasi bergantung kepada bekalan vaksin dan remaja yang ada masalah kesihatan tertentu perlu jalani penilaian pravaksinasi oleh pegawai atau pakar perubatan.

"Penilaian dibuat berdasarkan status kesihatan semasa, sejarah perubatan, sejarah alergik serta rawatan atau ubatan yang sedang diterima. Tidak semua bakal penerima vaksin akan melalui prapenilaian ini.

“Tiga kategori sahaja perlu jalani penilaian iaitu individu punyai sejarah alahan teruk, alami kelemahan sistem imun disebabkan penyakit atau rawatan diterima.

“Satu kategori lagi ialah individu yang menerima rawatan ubat pencair darah atau punyai masalah kesihatan sehingga cenderung alami pendarahan,” katanya dipetik daripada Berita Harian, 13 Ogos 2021.

Sementara itu, untuk info media sebelum ini melaporkan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja selepas mengambil kira data serta pandangan penilaian calon vaksin. KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: