Berita Terkini| 779 guru Johor tolak vaksin! JPNJ akan bagi penerangan sebenar mengenai vaksin!

Published by
KitaReporters

GAMBAR hiasan... Sebanyak 96.2 peratus guru di negeri Johor menerima dos pertama, manakala 23,746 telah melengkapkan kedua-dua dos sehingga 19 Ogos 2021 lalu.


JABATAN Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai vaksin kepada kira-kira 779 guru yang menolak pemberian vaksin.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, sehingga 19 Ogos 2021, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor menerima dos pertama, manakala berdasarkan statistik, seramai 23,746 guru telah melengkapkan kedua-dua dos berkenaan.

“Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP) seramai 6,539 atau 91.43 peratus telah menerima dos pertama dan 2,816 atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua dos.

"Bagi staf sokongan operasi pula seramai 9,236 atau 71.49 peratus sudah menerima dos pertama dan 7,030 atau 54.42 peratus lengkap kedua-dua dos suntikan vaksin," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Ahad, 22 ogos 2021.

Sementara itu Mazlan berkata, JPNJ menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: