Berita Terkini| Kematian kes Covid-19 menurun! Sabah masih kekal lapor kes kematian tertinggi!

Published by
KitaReporters


KES kematian harian akibat Covid-19 di negara ini terus menunjukkan graf penurunan dengan hanya 99 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data yang dikongsi dalam laman web COVIDNow, terdapat 193 kes kematian tertunggak atau 'backlog' turut dilaporkan dan jumlah keseluruhan individu yang direkodkan meninggal dunia ialah 292 kes, sehingga Ahad, 13 September 2021.

Daripada jumlah keseluruhan kes kematian yang dilaporkan itu, hanya 106 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,782 kes meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Buat masa ini, Sabah kekal menjadi negeri melaporkan kes kematian tertinggi pada Ahad, 12 September termasuk jumlah tertunggak iaitu sejumlah 84 kes, disusuli Lembah Klang dengan 63 kes membabitkan Selangor (45) dan Kuala Lumpur (18).

Turut mencatatkan kes kematian ialah Kedah dengan 36 kes, Negeri Sembilan (29), masing-masing 16 kes kematian dilaporkan di Johor dan Pulau Pinang, Kelantan (13), Perak (11), Sarawak (sembilan), Pahang (tujuh), Terengganu (empat) dan masing-masing dua kes di Melaka dan Perlis. - KitaReporters


13
14
0
11
0

Copy Link: