PERSATUAN Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kegiatan penjualan haram Ivermectin dihentikan segera kerana boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

MPS dan MMA dalam kenyataan bersama berkata, pihaknya terkejut dengan penjualan haram secara meluas Ivermectin, adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang kononnya mampu cegah Covid-19.

Cawangan Penguatkusaan Farmasi yang menjalankan penguatkuasaan di seluruh negara berjaya menyita ubat itu yang dijual secara meluas, sejak beberapa minggu lalu.

"Ivermectin adalah racun dalam kumpulan B yang belum lagi didaftarkan di Malaysia untuk penggunaan bagi merawat atau mencegah Covid-19.

"Ketika ini ubat itu hanya diluluskan untuk penggunaan label luar, bagi ujian klinikal yang dijalankan di 12 hospital di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis, 29 Julai 2021.

Sehubungan itu tiada doktor atau ahli farmasi yang boleh memberi preskripsi selain yang diluluskan mengikut arahan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Jika seseorang itu didapati menjual ubat berkenaan untuk rawatan atau pencegahan Covid-19, mereka boleh didenda antara RM25,000 sehingga RM50,000," katanya. - KitaReporters


0
3
1
0
0

Copy Link: