KERAJAAN Selangor melancarkan fungsi baharu dalam aplikasi SELangkah, iaitu Selangor Mental Sihat (Sehat) bagi menangani isu kesihatan mental yang dialami rakyat negeri berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program tersebut dirangka berikutan peningkatan kes bunuh diri di negeri itu sepanjang musim Covid-19.

Sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk membangunkan program Sehat bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental dan mengurangkan stigma masyarakat.

“Pengguna kini boleh mengetahui tahap kesihatan mental mereka dengan melakukan ujian saringan awal secara kendiri yang merangkumi skala stres (stress scale) dan saringan risiko (risk screening).

“Setelah mendapat keputusan saringan, pengguna akan diberikan akses percuma kepada pelbagai intervensi awal yang disediakan melalui fungsi Sehat,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Tegas beliau, pengguna boleh mengetahui tahap kesihatan mental mereka dengan melakukan ujian saringan awal secara kendiri yang merangkumi skala stres (stress scale) dan saringan risiko (risk screening).

“Setelah mendapat keputusan saringan, pengguna akan diberikan akses percuma kepada pelbagai intervensi awal yang disediakan melalui fungsi Sehat." - KitaReporters



0
0
0
0
0

Copy Link: