PERSATUAN Perjuangan Masyarakat Kota (Perkata) menerima keputusan Koroner di dalam 'Kes Adib' dengan rasa kesyukuran kepada Allah.

Koroner telah membuat keputusan dengan bebas dan bernas tanpa rasa fear or favour.

Namun, pembunuh anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim masih bebas. Adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengesan, menangkap dan membawa pembunuh Muhammad Adib ke muka keadilan.

Perkata berterima kasih kepada semua peguam inkues, pegawai mahkamah dan saksi yang terlibat di dalam membantu Koroner membuat keputusan beliau.

Perkata menegaskan bahawa segala keterangan saksi- saksi adalah direkodkan oleh mahkamah. Kandungan dokumen ini hendaklah menjadi penanda aras untuk penambah baikkan agensi kerajaan terutamanya polis dan bomba di dalam memperbaiki SOP sedia ada mereka.

Pihak polis menerusi Unit Risikan mereka perlu mempunyai maklumat-maklumat terkini khasnya pada peringkat daerah berkenaan isu-isu sensitif yang melibatkan kententeraman awam di daerah masing-masing.

Pada masa hadapan, pihak bomba juga perlu mendapatkan pelepasan (clearence) terlebih dahulu daripada pihak polis jika mahu memadamkan kebakaran atau misi menyelamat berlaku di kawasan rusuhan.

Saya menyarankan kerajaan Selangor menyelesaikan segera semua isu kuil-kuil tanpa kebenaran yang dibina di tanah kerajaan dan tanah persendirian. Janganlah diulangi kesilapan yang sama.

Image

Adzly Ab Manas

Peguambela Peguamcara

Setiausaha Agung 

Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota

1
0
2
0
0

Copy Link: