PINDAAN ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 sedang diteliti bagi membolehkan Dewan tidak membenarkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat (ADR) dan Ahli Dewan Negara (ADN) yang sedang berdepan pendakwaan mahkamah mengambil bahagian dalam persidangan kedua-dua Dewan sehingga kes selesai.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perkara itu antara yang dicapai dalam mesyuarat khas Transformasi Parlimen bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dipengerusikan beliau mewakili Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pentadbir Parlimen Nor Yahati Awang; serta kedua-dua Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Selain itu kedua-dua Dewan juga sedang meneliti untuk menggubal satu kod etika khas bagi Ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

“Susulan mesyuarat itu, satu draf rang undang-undang dan Memorandum Jemaah Menteri mengenai transformasi Parlimen telah diserahkan kepada Menteri untuk dibentang dan diluluskan kerajaan,” katanya lagi. - KitaReporters


14
10
0
14
0

Copy Link: