MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengadakan siri pertama perbincangan bersemuka dengan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menengah dan rendah di Labuan hari ini, Isnin, 6 September 2021 mengenai pembukaan sesi persekolahan pada 3 Oktober 2021.

Perbincangan tertutup itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang membabitkan 50 wakil dari 17 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah.

Antara perkara yang dibincangkan adalah pandangan dan cadangan daripada PIBG mengenai pembukaan sekolah secara berperingkat-peringkat.

Radzi yang dipetik laporan Bernama turut mengadakan perbincangan dengan guru besar dan pengetua mengenai sistem yang sesuai bagi pembukaan semula sesi persekolahan dan prosedur operasi standard (SOP).

Radzi dalam lawatan kerja dua hari ke Labuan bermula pada Ahad, 5 September 2021, lawatan sulung beliau ke pulau bebas cukai itu setelah dilantik sebagai Menteri Pendidikan. - KitaReporters


9
8
0
14
0

Copy Link: