Berita Terkini! Edar air ketum! Lelaki usia 24 tahun dicekup polis! Turut temukan daun ketum!

Published by
KitaReporters

Polis turut merampas air dan daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan. - Kredit foto: Ihsan PDRM


SEORANG lelaki berusia 24 tahun disyaki pengedar air ketum dicekup oleh polis dalam satu serbuan di rumahnya di Taman Lubuk Jong, Pasir Mas, Kelantan pada 5 Julai 2021.

Ketua  Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam serbuan kira-kira jam 11.25 malam itu polis turut merampas 25 liter air ketum, daun ketum seberat 3.5 kilogram serta 150 karton rokok.

“Polis melakukan serbuan ke rumah tersebut susulan menerima maklumat berhubung kegiatan pengedaran air ketum di situ. Hasil pemeriksaan telah menemui air ketum yang disimpan dalam sebuah peti sejuk terletak di ruang tengah rumah.

“Hasil pemeriksaan juga berjaya menjumpai 18 gulung plastik mengandungi daun ketum dan 150 karton rokok di bahagian ruang tamu rumah,” katanya menerusi satu kenyataan seperti disiarkan Kosmo, 6 Julai 2021.

Tambah Mohd Nasaruddin, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. -KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: