EKONOMI digital berpotensi menjadi pemacu utama dalam membangunkan industri dan bidang pertumbuhan baharu di ASEAN kerana ia telah menjadi elemen penting dalam kehidupan harian setiap orang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Bercakap semasa Dialog China-ASEAN Information Harbor di Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia 2021 di Wuzhen yang berlangsung secara maya, beliau berkata, krisis COVID-19 telah mengubah digitalisasi merangkumi perkhidmatan penjagaan kesihatan sehinggalah pembelian dan pembayaran secara dalam talian.

Annuar berkata, Malaysia telah memperkenal Pelan Infrastruktur Digital Negara untuk meningkatkan ketersambungan digital dan mempersiap negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G.

“Penggunaan 5G secara berperingkat-peringkat akan mengubah Malaysia menjadi hab inovasi dan menarik pelaburan baharu bernilai RM70 bilion dalam sektor digital daripada pelabur antarabangsa dan tempatan.

“Ini akan membantu negara mewujudkan peluang perniagaan baharu dan pekerjaan bernilai tinggi dengan anggaran 100,000 pekerjaan baharu dijangkakan antara 2021 dan 2025,” katanya seperti dipetik Bernama, Isnin, 27 September 2021. - KitaReporters


9
9
0
10
0

Copy Link: