GAMBAR hiasan... Seramai 28 individu telah disaring dengan 13 daripada dijangkiti virus.


SEORANG budak lelaki berusia lapan tahun disyaki menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Tok Junuh Mahligai di Bachok, Kelantan yang kini telah menjangkiti 13 individu lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks mula mengalami gejala pada 25 Julai 2021 lalu, sebelum disahkan dijangkiti Covid-19 empat hari kemudian hasil saringan individu bergejala.

"Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Tok Junuh Mahligai, Melor, Bachok.

"Sehingga kini, seramai 28 individu sudah disaring dengan 13 daripadanya dijangkiti virus," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian.

Dr. Noor Hisham berkata, kluster komuniti itu adalah satu daripada 23 kluster baharu yang dikesan.

Katanya terdapat 11 kluster baharu membabitkan tempat kerja, lapan dalam kalangan komuniti, dua kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu institusi pendidikan dan pusat tahanan. - KitaReporters


Dr. Noor Hisham berkata, kluster komuniti itu adalah satu daripada 23 kluster baharu yang dikesan. Kredit Foto: Sinar Harian


1
1
1
0
0

Copy Link: