SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin. - Kredit foto: Detik.com


SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin.

MCMC berkata, semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan pejabat kesihatan daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing.

“Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi," menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Jumaat, 9 Julai 2021.

Sebelum ini tular dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang mesejnya meminta orang ramai yang berminat mendapatkan vaksin itu untuk memberikan maklumat peribadi.

Bagaimanapun PKD Hulu Langat melalui laman Facebook menegaskan maklumat tersebut  palsu dan menafikan mesej tular dalam media sosial berhubung pemberian vaksin Sinovac secara besar-besaran oleh PPV Bangi Avenue Convention Centre. 

PKD Hulu Langat menegaskan, pihaknya mahupun PPV BACC tidak mengeluarkan mesej berkenaan dan orang ramai disaran menghentikan penyebarannya yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. - KitaReporters


SEMUA maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan pejabat kesihatan daerah (PKD), kata MCMC.

0
1
0
0
0

Copy Link: