Suspek yang menembak dua jirannya di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang, Terengganu direman selama tujuh hari. - Kredit foto: NSTP


LELAKI yang menembak mati kawan baik yang juga jirannya di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dalam kejadian pada 23 Julai 2021 ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 Julai 2021.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun yang juga seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) itu dibenarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda, di Mahkamah Majistret Marang.

Memetik laporan Kosmo 24 Julai 2021, suspek yang berjaya ditangkap di Durian Mentagau, Dungun pada jam 4.20 petang hari kejadian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek dipercayai melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah di  Pondok Kawasan Rukun Tetangga Taman Raya Wakaf Tapai hingga menyebabkan mangsa, Fong Swee Fuan, 65, yang cedera di dada maut di tempat kejadian.

Insiden pada pukul 2 petang turut menyebabkan anak saudara Swee Huan iaitu Teo Beng Hock, 45, cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian dada dan dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu. - KitaReporters


 

1
1
0
0
0

Copy Link: