PIHAK Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kubang Pasu, Kedah menarik balik larangan terhadap pelajar untuk menunjukkan solidariti ke atas kematian mendiang S. Vinosiny yang ditemukan mati di biliknya pada minggu lepas.

Ia susulan daripada satu Notis Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), bertajuk “Larangan Terlibat Dalam Aktiviti Atau Penganjuran Aktiviti Berkaitan Kes Kematian Pelajar UUM” yang dikeluarkan bertarikh 27 Mei 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan berita kematian



Notis terbaharu yang diedarkan hari ini Selasa, 31 Mei 2022 turut memaklumkan bahawa pihak universiti tidak menghalang mana-mana pelajar daripada terlibat dalam sebarang aktiviti yang menunjukkan solidariti terhadap kematian mendiang.

“Walau bagaimanapun, pihak universiti menasihatkan para pelajar agar sentiasa berhemah dalam apa jua tindakan memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Difahamkan punca kematian penuntut berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.




Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) masih menunggu laporan penuh punca kematian sebenar mendiang yang kini dalam peringkat siasatan

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, tiga laporan yang perlu diperoleh bagi melengkapkan siasatan itu termasuk dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Kimia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Pelajar Semester 4, Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) UUM itu ditemukan mati dalam bilik di asramanya pada Isnin, 23 Mei 2022 dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - KitaReporters


12
13
0
16
0

Copy Link: