MELANGKAH ke menara gading pasti menjadi kebanggaan setiap individu, usaha keras sekolah akhirnya membawa diri kepada kehidupan kampus.

Namun sebelum melangkah universiti pasti akan menduduki peperiksaan yang sangat mendebarkan.

Di Thailand berlaku kisah mengejutkan angkara kesilapan teknikal berlaku sehingga kira-kira 1,000 calon menjadi mangsa keadaan selepas dilaporkan gagal dalam peperiksaan kemasukan ke universiti awam di negara itu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan peperiksaan


Kegagalan berkenaan bukannya disebabkan calon terbabit tetapi didakwa berpunca daripada penyelia peperiksaan yang memaklumkan semua calon bahawa mereka tidak perlu mengisi dua maklumat penting iaitu nama dan nombor siri peperiksaan berkenaan pada kertas peperiksaan mereka.

Bagaimanapun selepas keputusan diumumkan, 1,000 calon mendapat markah 0 berikutan gagal mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

Situasi mendebarkan tersebut menyebabkan sekumpulan pelajar menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Penyelidikan dan Inovasi, Anek Laothamatas meneliti semula keputusan peperiksaan terbabit.


ANEK LAOTHAMATAS


Malangnya, Majlis Presiden Universiti Thailand (CUPT) enggan menyemak kertas peperiksaan mereka kerana tidak mematuhi garis panduan rasmi yang memerlukan pelajar menyatakan nama dan nombor siri pada helaian masing-masing.

Namun, kesemua calon berkenaan tetap meminta Laothamatas meneliti semula keputusan peperiksaan kemasukan universiti mereka. 

Peperiksaan itu merangkumi dua bahagian dalam bahasa Thailand dan Inggeris yang mana kedua-duanya membawa markah maksimum 150.

Bagaimanapun, beberapa pelajar berasa terkejut selepas diberikan markah sifar pada bahagian bahasa Thailand dalam peperiksaan berkenaan. 



Sementara itu, pengurus Sistem Kemasukan Universiti Thailand memaklumkan CUPT sudah berhubung dengan penyelia peperiksaan selepas menerima bantahan daripada 1,000 pelajar.

Penyelia bertanggungjawab itu salah faham mengenai soalan pelajar yang menanyakan sama ada mereka perlu menandatangani nama sebelum keluar dari dewan peperiksaan.

Bagaimanapun pengurusan berkenaan memaklumkan mereka kesuntukan masa menyebabkan mereka tidak dapat membuat sebarang perubahan.   

Alahai sedih betul, orang lain buat silap tapi orang lain pula jadi mangsa. - KitaReporters



 

 

9
15
0
7
0

Copy Link: