Persidangan Asia Pacific Youth Leadership Summit 2021 (APYS 2021) mulai 2 Ogos hingga 21 Ogos 2021.


Seramai 331 peserta dari universiti tempatan dan antarabangsa menyertai persidangan Asia Pacific Youth Leadership Summit 2021 (APYS 2021) (Sidang Kemuncak Kepimpinan Belia Asia Pasifik) mulai 2 hingga 21 Ogos 2021 secara dalam talian yang dianjurkan oleh kelab yang menyatukan pelajar-pelajar elit UUM iaitu Beta Gamma Sigma (BGS) Chapter Universiti Utara Malaysia (UUM).

Persidangan pertama kali yang dijalankan secara dalam talian kerana pandemik COVID-19 ini turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik dan The Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) Malaysia yang bertindak sebagai mentor kepada BGS Chapter UUM untuk menguruskan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam APYS 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM


Dr Hendrik Lamsali merasmikan Persidangan  Asia Pacific Youth Leadership Summit 2021 (APYS 2021) secara dalam talian.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, walaupun persidangan ini tidak dapat dijalankan secara bersemuka akibat pandemik COVID-19 namun jumlah penyertaan peserta yang menyertai persidangan julung kali secara dalam talian ini menunjukkan keberkesanan penganjurannnya.

Beliau yang juga Presiden BGS Chapter UUM berharap melalui persidangan yang disertai peserta dari 25 universiti tempatan, sepuluh universiti antarabangsa, rakan strategik dan penaja ini pastinya memberi peluang kepada mereka untuk menambah pengetahuan, memperbaiki kemahiran kepimpinan, berkongsi pengetahuan dalam membuat keputusan.

Peserta juga diharapkan akan menjadikan persidangan ini sebagai platform bagi menyuarakan pandangan dan idea mereka mengenai pemerkasaan kalangan belia dengan kerjasama dari ICAEW Malaysia selaku rakan strategik dan penaja APYS 2021.


Peserta persidangan.


“Saya yakin persidangan yang bertemakan "Memperkasakan Belia dengan Penglibatan Antarabangsa" yang dipilih untuk persidangan kali ini pastinya akan membawa manfaat kepada semua peserta untuk kerjaya masa depan mereka setelah tamat pengajian nanti,” ujar beliau ketika berucap merasmikan persidangan secara dalam talian itu.

Prof Madya Dr Hendrik juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan penaja Andrew Yew dari ICAEW Malaysia yang akan memberi peluang kepada pemenang Business Case Study Challenge APYS 2021 untuk menerima bimbingan khas dan menyertai ICAEW Business Case Study Challenge 2022. 

Manakala bagi kumpulan yang berjaya memenangi pertandingan pula akan berpeluang mewakili Malaysia dalam ICAEW Greater China & Southeast Asia Regional Business Case Study Challenge 2022.


Peserta dari universiti tempatan dan luar negara.


Sementara itu Koordinator BGS Chapter UUM, Dr Mazrah Malik ketika dihubungi berkata antara peserta dari universiti antarabangsa yang turut menyertai persidangan ini ialah dari Cardiff  University, Wales; University of Leeds, England; Institute of Management Technology of Ghaziabad, India; Ritsumeikan APU, Japan; Universitas Airlangga, Indonesia; Sunan Ampel State Islamic University, Indonesia; Universitas Katolik Atmajaya, Indonesia; Indonesia International Institute for Life Sciences, Indonesia; Institut Teknologi Bandung, Indonesia; dan Peking University, Beijing, China.

Manakala panel dan juri yang akan menjayakan persidangan ini antaranya Pengasas dan Pengarah Urusan Rompin Integrated Pineapple Industries Sdn Bhd Patrick Teoh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Skilio Singapore Felix Tan, dan juga Pengarah Eksekutif dan Advisory BDO Malaysia Pam Lee.

Moderator persidangan ini ialah Taqi’Uddin Hamzah dari Product Development Associate in Kenanga Islamic Investors Berhad. - KitaReporters


Persidangan julung kali yang dianjurkan ini menjadi pentas untuk memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki kemahiran kepimpinan.


1
0
0
0
0

Copy Link: