LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan. Menurut laporan televisyen China, Liu dilaporkan meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi Selasa, 18 Februari 2020. : KitaReporters.com


Dia adalah doktor pakar bidang bedah saraf dan merupakan korban ketujuh dalam kalangan pekerja perubatan di China.

Hospital Wuhan Wuchang dikhususkan untuk merawat pesakit yang dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19.

Minggu lepas, pihak berkuasa China mendedahkan sehingga 11 Februari 2020, sebanyak 1,716 pekerja kesihatan diuji positif COVID-19.

Sementara itu, dilaporkan jumlah kes baharu COVID-19 di tanah besar China jatuh di bawah 2,000 kes sehari pada Selasa, 18 Februari 2020 - buat kali pertama sejak Januari 2020.

Menurut Suruhanjaya Negara, penularan wabak itu meragut 98 lagi nyawa di tanah besar China pada 17 Februari 2020, menjadikan jumlah kematian di negara itu sebanyak 1,868.

Terdapat 1,886 jangkitan baru yang disahkan yang membawa jumlah keseluruhan 72,436.

Pihak berkuasa China percaya bahawa pola jumlah kes baharu yang menurun menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil untuk menghentikan penyebaran wabak itu memberi kesan. - KitaReporters.com

Laporan semasa dan statistik terkini mengenai wabak COVID-19 boleh diikuti di https://kitareporters.com/coronavirus

0
0
0
0
0

Copy Link: