"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Published by
KitaReporters
Luluh hati menatap gambar anakanda Muhammad Nazren Firdaus atau mesra dipanggil Abang. Seorang anak autisme yang telah kehilangan arwah abah tersayang pada April 2019. Betul kata orang ... sakitnya merindu kepada yang telah tiada. Tak ada satu ayat pun mampu menggambarkan tentang betapa dalam dan betapa sakitnya rindu itu ... : KitaReporters.com

Laman Facebook Natipah Abu ( https://www.facebook.com/Pahtiepah)


Berikut adalah perkongsian daripada Natipah Abu melalui laman Facebook beliau yang menceritakan kisah Muhammad Nazreen Firdaus.

Ikuti kisah beliau dan sama-sama kita doakan untuk abang….

Kisah yang dikongsi dalam laman Facebook Natipah Abu @Pahtiepah


"Kak Pah kenal Abang sejak Abang masih kecil. Abang anak kenalan rapat Kak Pah. Sangat rapat sekali ...

Sungguh pun Abang tak pandai membilang hari .. tetapi bila tiba hari Jumaat ... Abang seakan tahu, Abang akan jumpa Abah.

Setiap Jumaat abang akan jumpa dan pegang tangan abah 

"Tidak kira apa pun alasannya .. setiap Jumaat .. Abang mesti akan jumpa Abah. Bila sampai di pusara Abah, Abang akan pegang nisan Abah seolah Abang sedang pegang tangan Abah.

Abang bercakap, berbaring dekat dengan abah 

"Abang akan cakap dengan Abah .. seolah Abang sedang bercakap dengan Abah ketika hayat. 

"Abang akan baring di sisi pusara Abah seolah-olah Abang sedang baring di sebelah Abah sejak lebih 20 tahun lalu. "Abang buat seolah-olah Abah ada di depan mata ...

"Kak Pah dan semua ahli keluarga sedia maklum ... arwah terlalu sayangkan Abang.

"Arwah bimbang sekali tentang masa depan Abang tanpa arwah kelak. 

Allah itu sebaik perancang

"Merancang segalanya dengan rahmat dan rahmah. Setelah arwah pergi .. Alhamdulillah , Abang baik-baik saja.

Muhammad Nazren Firdaus berbaring dan melepaskan rindu pada arwah ayahnya


"Cuma rindu Abang pada Abah yang selalu mandikan Abang, gosokkan gigi Abang, pakaikan Abang baju, suapkan Abang makan, main dengan Abang dan bawa Abang ronda-ronda dengan motor ...

Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Doakanlah Abang ya ..."

Begitulah nukilan Natipah dalam akaun Facebook. yang memberi mengizinkan perkongsian ini.

Maka benarlah bahawa kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa, walaupun sudah pulang ke alam abadi. - KitaReporters.com

1
0
13
1
0

Copy Link: