[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Published by
KitaReporters
KITA semua mengetahui setiap orang mempunyai masalah tersendiri. Contohnya, masalah kewangan yang melanda pada zaman sekarang. Kadangkala kerana kesempitan hidup yang dialami seseorang membuatkan kita semua mudah berasa kesian dan ingin memberi pertolongan. : KitaReporters.com

https://twitter.com/dylawok/status/1229289392688099328?


Tular di media sosial seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya tempatan. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300.

Video yang tular ini memaparkan mak cik ini berjaya ditangkap mencuri keperluan harian dengan memenuhkan pakaian khususnya seluar pada badannya dengan barang yang dicuri.

Apa yang mengejutkan buat semua, barang yang disorok dalam badannya itu penuh satu troli apabila dikeluarkan. 

Bukan hanya beliau seorang melakukan perbuatan ini, tetapi turut dilakukan bersama anak lelakinya.

Berdasarkan video ini barang-barang yang dicuri adalah gel mandian, ubat gigi, tin sardin, tin sotong, deodorant, syampu dan banyak lagi. 

Video ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, rata-rata berasa pelik bagaimana mak cik boleh memasukkan semua barangan ini di dalam seluarnya.


Ada juga netizen yang mengatakan bahawa mak cik ini menjual semula barang-barang yang dicuri dengan harga murah.


Mengapa mak cik sanggup mencuri? Banyak lagi pekerjaan halal yang boleh dilakukan untuk mencari rezeki. 

Namun tak perlulah terlalu mengeji atau mengutuk kerana kita belum mengetahui cerita sebenar di sebalik kejadiaan ini. - KitaReporters.com


2
1
0
0
2

Copy Link: