Noktahkan isu kalimah Allah! Jangan terus dipolitikkan! Perlu tindakan alternatif lebih jitu! - MAPIM

Published by
KitaReporters


MAPIM berpendirian isu kalimah Allah yang hangat didebatkan harus dielak daripada dipolitikkan sehingga menegangkan suasana keselamatan awam.

Pihak kerajaan jelas tidak berganjak daripada keputusan untuk kekal dengan ketetapan bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna oleh bukan Islam.

Kes Jill Ireland jelas telah menunjukkan bahawa ketetapan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak berubah. 

Isu yang dibicara ialah Jill menuntut bahan yang dibawa dari Indonesia dipulangkan semula kepadanya setelah dirampas oleh pihak kastam di lapangan terbang.

Semua ketetapan mengenai kalimah Allah dalam Enakmen Majlis Agama Islam Negeri tidak terjejas.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar dakwaan pihak tertentu menuding bahawa pihak kerajaan telah berkompromi apabila rayuan di mahkamah telah ditarik balik.

Kami mengesa isu ini tidak dibahas di luar fakta yang sebenarnya. Apabila ada pihak yang mempolitikkan isu ini ternyata kes Jill Ireland dimanipulasi sehingga menggambarkan Islam terancam dan kerajaan bersikap liberal dalam isu kalimah Allah.

Perbahasan mengenai kes Jill ini telah berada dalam pengetahuan dan pengurusan Peguam Negara dan KDN sehingga dibincang pada peringkat Jemaah Menteri. 

Penjelasan daripada Menteri KDN dan Perdana Menteri seperti yang dituntut oleh pelbagai pihak telah diumumkan.

Ada implikasi undang-undang yang sangat perlu diteliti terhadap rayuan kerajaan itu, maka suatu tindakan alternatif yang lebih jitu perlu diambil untuk menohktahlan isu kalimah Allah diambil oleh pihak kerajaan.

Sementara itu kekhilafan keputusan kes ini di mahkamah perlu diambil kira untuk memastikan tidak ada lagi kes yang lain yang berlaku yang akan dibawa ke mahkamah, hendaklah diambil dengan bijak.

Kami menegaskan bahawa sensitiviti isu ini perlu ditangani dengan kebijaksanaan tahap tinggi agar tidak berlarutan sehingga di luar kawalan dan pihak tertentu meraih kesempatan untuk menegangkan lagi suasana di negara ini.

Dengan yang demikian, kewujudan pelbagai agensi dan pihak berkuasa yang khusus menangani isu kerukunan antara agama dari segi perlembagaan dan enakmen di negeri-negeri hendaklah menjadi saluran terpenting untuk menangani sebarang isu yang berkaitan muncul lagi.

MAPIM menegaskan pihak yang ghairah mengugut kerajaan untuk menarik balik keputusan meneruskan rayuan kes Jill tersebut, agar bijak mengambil tindakan agar kes ini tidak berpanjangan sehingga menjadi semakin rumit.


Mohd Azmi Abdul Hamid

President Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


19
10
0
10
0

Copy Link: