Gurauan rakyat bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menunjukkan baginda terhibur melihat fesyen warna rambut warna kelabu yang disangka rambut betul telah meraih perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @wanyoshiki, kelihatan baginda menghulurkan sampul mengandungi duit kepada seorang pemuda dengan harapan lelaki itu mewarnakan rambut kelabu ke hitam.

Lelaki itu yang tampil ke hadapan untuk merakam swatfoto bersama baginda kemudian membuka topi rambut palsu itu telah menyebabkan baginda tertawa sehingga meletakkan dahi ke tangannya, sekali gus menghiburkan orang ramai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Yang di-Pertuan Agong



“Ini untuk awak. Warnakan rambut balik. Rambut betul ke ni? Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut. Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” titah baginda.

Rata-rata pengguna media sosial berasa bangga mempunyai Ketua Negara yang berjiwa rakyat serta terhibur gelagat Agong bersama rakyat sehingga ada yang menonton video itu berulang kali.



“Berulang kali tengok video ini. Sempoi koi bangga jadi orang Pahang,” ujar @Zee.

“Allahuakhbar, senyum saya tengok Agong kita macam ini. Semoga Tuanku dipanjangkan umur, ameen,” kata @Mr.Laut.Ridzwan.

“Agong yang berjiwa rakyat sangat,” jelas @WanChai. - KitaReporters


12
11
0
17
0

Copy Link: