Video| Selepas jadi DJ, Khairy mahu jadi pemain muzik pula? Selepas tu apa pulak? PRN, Menteri Besar?

Published by
KitaReporters


BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi bayangan akan menjadi ahli muzik setelah beliau membuat pengesahan akan menyertai stesen radio tempatan Hot FM sebagai penyampai radio.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram (IG) story, beliau menulis kapsyen ringkas ‘What’s next? (Apa seterusnya?) menunjukkan sekeping gambar beliau sedang bermain gitar bersama beberapa ahli muzik lain di sebuah studio.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ahli politik Khairy Jamaluddin


Bakat Khairy bermain muzik jelas kelihatan menerusi perkongsian dalam laman media sosial menunjukkan beliau bermain muzik bersama ahli keluarganya mendendangkan lagu raya di rumah untuk beberapa tahun lalu termasuk musim perayaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Covid melanda negara.

Terdahulu, Media Prima Audio mengumumkan Khairy akan menyertai Hot FM sebagai penyampai radio untuk mengendalikan segmen bersama Bekpes Hot serta digandingkan dengan Johan, Fara Fauzana dan AG.

Kerjaya politik Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai KJ mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan pelbagai pihak susulan pemecatan beliau dari parti UMNO pada 27 Januari 2023 lalu.

Untuk rekod, Khairy yang menjadi Ahli Parlimen Rembau untuk tiga penggal tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 di kerusi Parlimen Sungai Buloh kepada calon Pakatan Harapan, R. Ramanan. -  KitaReporters



12
13
0
12
0

Copy Link: