Peserta konvoi berkumpul di lokasi pelepasan


PENDERITAAN rakyat Palestin yang dilanda peperangan masih mendapat perhatian rakyat negara ini termasuk di Terengganu yang hanya mampu menunjukkan rasa simpati terhadap nasib yang dialami rakyat negara tersebut.

Sempena hari Jumaat yang mulia, prihatin dan simpati dengan nasib dialami rakyat Palestin, pelbagai pihak di negeri ini menganjurkan aktiviti dan program sebagai tanda solidariti serta sokongan mereka susulan situasi semasa yang berlaku di Gaza.


Norma Thaqib


Tidak ketinggalan ahli Besut Bikers Club (BBC) dan Lady Bikers Besut (LBB), berganding usaha menganjurkan konvoi bermotosikal menjelajah daerah Besut dan Pasir Puteh, Kelantan sebagai tanda sokongan perjuangan rakyat Palestin sambil mengibarkan bendera Palestin. 

Pengerusi Penganjur Ride Amal Untuk Palestin, Norma Thaqib berkata, pihaknya terpanggil mengambil inisiatif menganjurkan program berkenaan bersama rakan-rakan permotoran bagi membangkitkan semangat setiakawan dan solidariti bersama bangsa Palestin yang sedang menderita.


Sebahagian peserta yang menyertai konvoi solidariti Palestin 

 “Walaupun kami tidak mampu untuk mnggalas senjata dan berperang tetapi mesej yang ingin kami sampaikan adalah apa yang terjadi di Gaza, Palestin bukanlah lagi isu kemanusiaan kerana isu berkenaan sudah berlaku lebih 70 tahun dan penduduk di sana terus berdepan penindasan rejim aparteid Israel,” katanya.

“Kami mahu berkempen untuk pembebasan sepenuhnya negara Palestin termasuk Masjid Al-Aqsa. Kempen ini akan berterusan, konvoi ini adalah simbolik sokongan kami dan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin,” katanya.

Menurut Norma kesediaan golongan wanita yang turut sama menyertai konvoi ini membuktikan mereka juga begitu kental dan bersemangat menyokong perjuangan rakyat Palestin.



Katanya, konvoi tersebut disertai 100 buah pemilik motosikal dripada kedua-dua kelab berkenaan bermula dari Kampung Raja, Besut dan melalui beberapa kampung trdisional di daerah Besut dan Pasir Puteh, Kelantan dan berakhir di Kuala Besut.

Sempena dengan konvoi tersebut pihak penganjur turut mengutip derma daripada peserta untuk disumbangkan kepada tabung Palestin anjuran pihak berkuasa. - KitaReporters


Ragam peserta wanita

 

 

14
11
1
9
0

Copy Link: