Kesan serangan bom yang dilancarkan oleh tentera aparteid Israel menyebabkan lebih 22,000 penduduk terkorban di seluruh bumi Palestin sepanjang tiga bulan perang genosid berlaku. - Kredit foto: Reuters


SELEPAS 3 bulan tentera aparteid Israel menawan bumi Palestin, media wilayah Gaza mendedahkan lebih 45,000 bom telah digugurkan olegh pasukan pendudukan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.

Memetik portal middleeastmonitor.com pada 4 Januari 2024, Pejabat Media Gaza mendapati kesemua bom berkenaan mempunyai keberatan lebih 65,000 tan.

Malah beberapa daripadanya mempunyai berat sebanyak 2,000 paun ketika melancarkan perang pengeboman genosid di wilayah terkepung berkenaan.


Ledakan bom memenuhi setiap kawasan di wilayah Gaza sejak 7 Oktober 2023 lalu telah merosakkan hampir 60 peratus infrastruktur di wilayah berkenaan. - Kredit foto: AFP

Berat bahan letupan yang dijatuhkan oleh tentera aparteid Zionis berkenaan di Semenanjung Gaza melebihi 65,000 tan, iaitu lebih daripada berat dan kuasa tiga bom nuklear seperti yang dijatuhkan ke atas bandar Hiroshima di Jepun,” katanya dalam kenyataan.

Pejabat Media Gaza berkata, penggunaan bom sedemikian menunjukkan sasaran yang disengajakan ke atas pembunuhan beramai-ramai secara sewenang-wenangnya. 

Ia juga sekali gus adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas oleh aparteid Israel. 


Tiada kawasan yang selamat di Gaza berikutan serangan bom tentera aparteid israel yang bertali arus tanpa henti meninggalkan kesan trauma yang berlanjutan kepada penduduk. - Kredit foto: middleeastmonitor.com


Media Gaza turut mendokumentasikan  kesalahan yang dilakukan tentera aparteid Zionis termasuklah penggunaan kira-kira sembilan bom dan peluru berpandu yang diharamkan terhadap orang awam, kanak-kanak dan wanita di Gaza.

Kesemua bom yang dikenal pasti termasuk “bom pemusnah bunker jenis (BLU-113), (BLU-109), (SDBS), jenis Amerika (GBU-28), dipandu oleh sistem GPS untuk memusnahkan infrastruktur, fosforus putih, bom pintar, dan peluru berpandu Halberd Gudum.

Penggunaan bom tersebut berisiko menyebabkan pembunuhan dan kecederaan besar-besaran dalam beberapa saat. 


Penduduk hidup dalam ketakutan dan trauma kesan serangan bom yang berterusan sepanjang masa. - Kredit foto: Al-Jazeera

Ternyata, tentera aparteid Israel tidak berhati perut apabila tergamak melakukannya dan sehingga kini lebih 22,438 rakyat Palestin yang terkorban manakala 57,614 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.

Serangan berterusan turut menyebabkan Gaza musnah dengan lebih 60 peratus infrastruktur dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. - KitaReporters


Kerosakan teruk akibat serangan bom yang berpanjangan sepanjang mas aoleh tentera aparteid Israel di setiap inci wilayah Gaza. - Kredit foto: Reuters

10
13
0
12
0

Copy Link: