Semoga dikurniakan kekuatan, ketenangan, rezeki! Nurul Izzah kongsi cerita sedih, keguguran anak ke-4!

Published by
KitaReporters


BEKAS AHLI Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi cerita sedih mengalami keguguran anak keempat dalam kandungan setelah lima bulan melayari bahtera perkahwinan.

Menerusi hantaran dalam laman Instagram rasminya, beliau turut memuat naik sekeping gambar memaparkan dia dipeluk oleh kedua-dua ibu bapanya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan memaklumkan kehilangan anak keempatnya yang belum lahir ketika sibuk menjalankan tugas dengan berulang alik ke Permatang Pauh dan Putrajaya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anwar Ibrahim



“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya - dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung,” katanya.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai memberikan kata semangat agar terus tabah menghadapi ujian dan mengutuskan ucapan takziah buat anak kepada Perdana Menteri itu.



“Saya bersimpati dengan kehilangan bayi anda. Saya juga baru kehilangan bayi pada 4 Januari lalu. Doa saya agar anda dikurniakan kekuatan, rezeki dan ketenangan,” ujar @farahanimzaidi.

“Saya faham perasaanya, baca hantaran YB ni buat rasa sebak. Kita tidak akan pulih sepenuhnya selepas mengalami keguguran, tetapi kita akan menjadi lebih kuat dan mensyukuri nikmat Allah pada kita,” tulis @niamunira.

“Saya amat bersimpati atas kehilangan bayi puan. Sudah pasi dia akan menati puan di sana, sudah berada di syurga. Semoga terus kuat puan. Allah ada rencananya,” jelas @seridewimalammustika. -  KitaReporters


18
18
0
12
0

Copy Link: