MEMASUKI peperangan hari ke-67 di Gaza, menjadi tanggungjawab Turkiye untuk membantu, sekali gus meringankan beban penduduk di wilayah terkepung ibarat kem konsentrasi itu dengan memberikan rawatan perubatan yang lebih sempurna.

Memetik agensi berita Anadolu pada 13 Disember 2023, negara pimpinan Recep Tayyip Erdogan itu

berjaya memindahkan 68 lagi pesakit dari Gaza untuk mendapat rawatan di negaranya yang lengkap dengan peralatan perubatan.


Turkiye mengambil tanggungjawab membawa pulang 68 penduduk Gaza ke negaranya bagi memberi rawatan yang lebih sempurna. - Kredit foto: Anadolu

Pesakit kanak-kanak Gaza dibawa ke hospital sejurus selepas tiba di hospital di Ankara, Turkiye. - Kredit foto: Reuters


Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, kesemua pesakit berkenaan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish di Mesir berhampiran Gaza ke Lapangan Terbang Tentera Etimesgut di Ankara.

“Kesemua pesakit itu terdiri daripada 37 kanak-kanak dan 31 pesakit dewasa termasuk empat pesakit kanser.

“Sehingga kini, kami telah memindahkan 114 pesakit selain 68 kumpulan baharu ini menjadikan keseluruhan pesakit yang diterbangkan dari Gaza 182 orang,” katanya.


Sistem kesihatan di Gaza lumpuh susulan serangan udara dan darat tentera aparteid Israel yang berterusan tanpa henti di wilayah terkepung seperti kem konsentrasi itu. - Kredit foto: Al Jazeera


Bagaimanapun Fahrettin memberitahu, daripada jumlah pesakit yang mendapat rawatan di negara, dua daripada mereka telah meninggal dunia. 

Manakala enam lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), keadaan dua daripada mereka berada dalam kritikal dan terpaksa ditidurkan.


Pesakit dimasukkan ke pesawat khas daripada Turkiye bagi memberikan rawatan perubatan yang lebih sempurna. -Kredit foto: Anadolu


Katanya, pemindahan seterusnya dijangka pada awal minggu depan, dan pihaknya akan memberi tumpuan kepada keperluan untuk bekerjasama penjagaan kesihatan rentas sempadan. 

Pada masa sama katanya, persediaan untuk membina sebuah hospital lapangan (hospital medan) di Gaza telah bermula. Malah, lokasi yang sesuai berhampiran persimpangan pintu masuk Rafah telah dikenal pasti. - KitaReporters


Situasi huru-hara di Semenajung Gaza kesan daripada serangan tentera aparteid Israel yang melancarkan serangan tanpa belas kasihan sehingga mengorbankan lebih 18,000 penduduk tidak bersalah. - Kredit foto: Reuters

11
16
0
11
0

Copy Link: