Komentar| Isu MB Terengganu tak sambut PM 10! Jadi perbualan hangat! Utamakan rakyat bukan politik!

Published by
KitaReporters

Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu


BELUM pun reda isu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak kelihatan bersama rakyat ketika negeri itu dilanda musibah banjir pada pertengahan Disember 2022 kini golongan ahli politik pula mengambil tempat dalam perbualan harian sama ada secara terbuka mahupun menerusi media sosial dengan membangkitkan pemimpin nombor satu negeri penyu itu tidak muncul ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan ke negeri itu.

Susulan ketiadaan Menteri Besar yang biasa menjadi amalan akan mengiringi Perdana Menteri ketika mengadakan lawatan rasmi ke negeri-negeri, terdengar suara-suara terutama dalam kalangan pemimpin politik yang mempertikai kewajaran tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil (baju batik)  mengiringi Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Sultan Mahmud


Anwar yang menjawat jawatan Perdana Menteri Ke-10 (PM10) adalah pertama kali membuat lawatan rasmi ke negeri itu pada Khamis, 12 Januari 2023 sejak dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara selepas mengangkat sumpah jawatan pada November 2022.

Sempena lawatan sulung itu, Perdana Menteri memenuhi jadual dengan mengadap Sultan Terengganu dan mengadakan sesi pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.

Kunjungan PM ke Terengganu bertujuan untuk mengadap Tuanku Sultan bagi membincangkan beberapa kepentingan rakyat Terengganu, kemudian PM mengambil peluang berjumpa pegawai kerajaan seluruh agensi, dia jemput semua untuk mendengar taklimat dan berdialog di UMT sebab Kerajaan Negeri tidak menyediakan tempat yang dikuasai Kerajaan Negeri.


Anwar bersalaman dengan pegawai kerajaan persekutuan dalam sesi pertemuan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sempena lawatan ke Terengganu pada Khamis 12 Januari 2023


Isu tersebut timbul apabia seorang pemimpin kerajaan negeri dalam hantaran dalam Facebook mendakwa bahawa lawatan Perdana Menteri ke negeri itu disifatkan melalui ‘pintu belakang’ dan tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kunjungan PM hakikatnya telahpun dimaklumkan terlebih dahulu dan pegawai-pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) turut  hadir menyambut PM.

“Maklumat kedatangan PM ke Terengganu telah diketahui Kerajaan Negeri sebab itu yang datang adalah SUK, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri tetapi malangnya yang langsung tidak hadir adalah dalam kalangan ahli politik negeri Terengganu, termasuk Menteri Besar dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Jadi nak kata tidak mendapat maklumat itu adalah bohong, tidak benar. Kalau tidak ada maklumat tak kan Setiausaha Kerajaan,” kata seorang pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa Menteri Besar Terengganu ada dalam negeri dan katanya, sekiranya Menteri Besar  tidak dapat hadir maka seharusnya beliau menghantar wakil, sama ada Exco negeri atau wakil rakyat untuk menyambut Anwar.

Sehubungan itu, ahli politik  mengecam sikap MB Terengganu yang tidak menghormati tetamu sedangkan sebelum ini PM telah menghulurkan bantuan banjir RM50 juta untuk menjalin hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Negeri Terengganu.



Tindakan Menteri Besar tidak menyambut Perdana Menteri  itu akan hanya memakan diri pentadbiran kerajaan negeri  kerana Menteri Besar tidak memenuhi protokol mengiringi Perdana Menteri sewaktu menghadap Sultan Terengganu.

Pada  Kebiasaannya apabila Perdana Menteri datang sepatutnya Menteri Besar mengiringi Perdana Menteri untuk berumpa Sultan, itu adalah amalan biasa. Menteri Besar mengiringi istiadat menghadap.

Dalam pertemuan dengan pegawai kerajaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Anwar berkata beliau adalah Perdana Menteri bagi semua rakyat Malaysia yang memberi isyarat tidak akan mendiskriminasikan negeri pembangkang.


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan sumbangan  kepada mangsa banjir di daerah Besut


Dr Ahmad Samsuri pula dilaporkan pada tarikh lawatan Perdana Menteri membuat lawatan ke Terengganu, beliau berada bersama penduduk daerah Besut untuk sesi penyampaian sumbangan bantuan banjir kepada mangsa banjir daerah itu.

Sehingga kini, tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan negeri sama ada Menteri Besar atau barisan Exco negeri yang tampil bersuara terhadap isu ketidakhadiran Menteri Besar pada sesi lawatan Perdana Menteri ke negeri ini. 

Bagaimanapun, rakyat mengharapkan kemelut tersebut tidak akan berpanjangan dan kedua-dua belah pihak perlu mementingkan rakyat daripada berpolitik.


Dr Ahmad Samsuri sempat berselfie ketika hadir majlis penyampaian bantuan banjir di daerah Besut

15
12
2
9
2

Copy Link: