Lebih 1k kanak-kanak, keluarga Gaza diterbangkan ke UAE! Terima rawatan! Lebih ramai dijadual tiba!

Published by
KitaReporters


PESAWAT pertama yang membawa 15 kanak-kanak dan keluarga Palestin dari Gaza tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi Sabtu, 18 November 2023.

Memetik Agensi berita Emirates, WAM, pesawat tersebut yang merupakan inisiatif Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan menerima kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin bersama keluarga bagi mendapat rawatan di beberapa hospital UAE.



Kanak-kanak yang cedera termasuk pesakit kanser berjaya dipindahkan dari Gaza melalui pintu sempadan Rafah sebelum berlepas di Lapangan Terbang Al-Arish di Mesir.

Beberapa kumpulan pesakit lagi dijangka akan tiba di UAE dalam tempoh beberapa minggu ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan WAM.



Timbalan Menteri Luar dan Kesihatan UAE, Maha Barakat berkata, beberapa buah hospital di tempatnya bersedia menawarkan rawatan kepada kanak-kanak Gaza bersama keluarganya. Malah, turut memberi jaminan rawatan akan diberikan sehingga sembuh.

Sehingga kini memasuki serangan hari ke-45, serangan bom udara dan darat oleh tentera aperteid  telah mengorbankan lebih 13,200 penduduk termasuk hampir 6,000 kanak-kanak yang tidak bersalah.

UAE sebelum ini memperuntuk AS$20 juta (RM93.38 juta) untuk bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung, Gaza.



Selain itu, negara Teluk itu menghantar 51 pesawat yang membawa 1,400 tan makanan, tempat tinggal dan bekalan perubatan ke Gaza.

Presiden UAE juga mengeluarkan arahan untuk menubuhkan hospital medan di Semenanjung Gaza selepas hospital utama dan kemudahan perubatan di wilayah terkepung itu telah berhenti beroperasi kerana ketiadaan bahan api dan bekalan. - KitaReporters


11
11
0
12
0

Copy Link: