Beberapa keping gambar tular telah menjadi tatapan dunia memaparkan keadaan di dalam pesawat yang dinaiki delegasi Iran ke Pakistan untuk rundingan damai dengan Amerika Syarikat (US) yang dipenuhi dengan ‘penumpang istimewa’.


 


SUMBER GAMBAR: @eye.on.palestine 


'Penumpang istimewa’ itu adalah gambar, beg sekolah dan kasut sekolah seramai 165 pelajar sekolah di Iran yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Tomahawk pada 28 Februari 2026 lalu. 

Pelajar-pelajar sekolah rendah Shajareh Tayyebeh di bandar Minab, wilayah Hormozgan, selatan Iran maut dalam serangan peluru berpandu daripada jet pejuang Amerika pada hari pertama konflik ketenteraan Iran-Amerika Syarikat.

Mungkin gambar-gambar, beg dan kasut sekolah dengan kesan darah ini akan dipersembahkan kepada delegasi US sebagai lambang kekejaman mereka. 

Apa yang penulis baca dari berita-berita di dada akhbar baru-baru ini, pusingan ketiga rundingan bersemuka antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), yang diadakan dengan Pakistan sebagai pengantara, telah berakhir di Islamabad, menurut kerajaan Iran pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi. 

Selepas pusingan terbaharu itu berakhir, pasukan pakar dari kedua-dua pihak terus bertukar teks bertulis sebagai sebahagian daripada proses rundingan.


SUMBER GAMBAR: @eye.on.palestine  


Dalam fasa selepas rundingan, seorang pegawai kanan Rumah Putih berkata proses itu telah berlangsung selama "15 jam dan masih berterusan”. 

Sumber yang sahih berkata perbezaan ketara antara delegasi Iran dan AS masih belum dapat diselesaikan. 

Pakistan menjadi tuan rumah rundingan itu sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan konflik serantau yang lebih meluas di bawah gencatan senjata rapuh selama dua minggu yang diusahakan pada pertengahan April 2026 lalu.

Luluh hati apabila melihat anak-anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kerasukan manusia untuk mengejar dan berebut kekuasan di dunia. Mereka tidak sedar yang lebih berkuasa adalah Allah S.W.T! - KitaReporters

13
16
0
10
0

Copy Link: