Seorang kanak-kanak lelaki di Gaza menahan sakit selepas terkena serangan udara rejim israel. - Kredit foto: VOA


MESKIPUN tidak terlibat dalam peperangan Gaza-Israel, namun golongan ini adalah paling ramai yang terkesan.

Kini selepas 3 bulan lebih 10,000 kanak-kanak menjadi mangsa jahanam pembunuhan beramai-ramai dalam serangan udara dan operasi darat tentera aparteid Israel di Gaza, dengan beribu-ribu lagi hilang, dianggap tertimbus di bawah runtuhan, kata Save the Children.

Data terkini daripada Kementerian Kesihatan di Gaza menunjukkan lebih 10,000 daripada 1.1 juta kanak-kanak Gaza - satu daripada jumlah populasi kanak-kanak telah terbunuh sejak 7 Oktober 2023.


Seorang bapa muda mengusung anak lelaki yang terkena serangan bo untuk mendapat rawatan segera ke hospital. - Kredit foto: news.un.org


Portal Middleeastmonitor.com, yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza pada 11 Januari 2024 berkata, kanak-kanak yang terselamat kini mengalami trauma yang hebat termasuk kecederaan kekal selain tidak mendapat hak untuk dirinya mendapat rawatan.

Malah mereka juga menjadi anak yatim berikutan kehilangan orang tua dan keluarga tersayang.

Bukan sekadar itu, mereka juga dipaksa melarikan diri daripada keganasan serta berdepan rasa takut susulan ketiadaan tempat selamat untuk berlindung.

Lebih mengejutkan apabila lebih 1,000 kanak-kanak di Gaza kini berdepan cacat kekal termasuk mengalami kehilangan salah satu kaki atau kedua-duanya sekali. 

Lebih malang kesemua remaja dan kanak-kanak berdepan saat getir iaitu menjalani rawatan pembedahan potong kaki tanpa diberikan ubat bius. 


Sekumpulan ibu cuba menenangkan anak masing-masing ketika tunggu mendapatkan perlindungan di hospital.


Kumpulan hak asasi manusia itu kemudian mendedahkan terdapat banyak pelanggaran yang dilakukan oleh pihak tentera aparteid Israel di wilayah terkepung itu termasuk kemusnahan dan kerosakan lebih 370 buah sekolah.

Malah pihak tentera juga turut menyasarkan serangan ke atas lebih 94 buah hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan dan seluruh kanak-kaak di Gaza kini dinafikan akses kepada bantuan kemanusiaan.

Sementara itu, Pengarah Save the Children untuk Palestin, Jason Lee, berkata, secara purata 100 kanak-kanak terkorban setiap hari di Gaza, buat masa ini. 

“Situasi di Gaza sangat mengerikan dan tiada tempat selamat untuk diduduki. Selama hampir 100 hari ini, kanak-kanak telah membayar harga untuk konflik yang mereka tidak terlibat, mereka jalani kehidupan dalam ketakutan, mengalami kecederaan, cacat, kehilangan tempat tinggal.

"Malah, satu peratus daripada populasi kanak-kanak Gaza telah pun terbunuh oleh pengeboman Israel dan operasi darat manakala yang lain berisiko ‘dibunuh’ oleh kebuluran dan penyakit serius yang kini melanda wilayah terkepung itu," kata Jason.

Katanya lagi, bagi kanak-kanak yang terselamat, kecederaan mental yang ditimbulkan dan kemusnahan infrastruktur termasuk rumah, sekolah dan hospital telah memusnahkan masa depan mereka.- KitaReporters


17
17
0
10
0

Copy Link: