Dapat wang palsu! Wang kertas RM100 daripada kertas fotokopi

Published by
KitaReporters

NIAT di hati setiap peniaga yang menjalankan perniagaan mereka sememangnya untuk mencari keuntungan melalui urusan wang ringgit yang asli apabila pelanggan mereka membayar harga barangan yang dibeliNamun apa yang berlaku ke atas seorang penjual beras, Nasir Ahmad, 58, amat mengejutkan serta merugikannya. : KitaReporters 


NASIR Ahmad sedang menunjukan wang tunai palsu bernilai RM100 yang dipercayai dibuat dari fotokopi di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan wang kertas:

https://kitareporters.com/search?search=wang+kertas


Nasir menerima sekeping wang kertas bernilai RM100 yang palsu dan wang itu dipercayai dihasilkan melalui kertas fotokopi (salinan)

Peniaga yang tinggal di Kampung Alur Selising, Jertih, Terengganu itu berkata wang tersebut hampir sama dengan wang asli kecuali warna wang palsu itu lebih terang sedikit berbanding wang yang asli. 

BAHAGIAN HADAPAN wang kertas asli (kanan) dan wang kertas palsu (kiri) yang diperolehi Nasir.


Beliau percaya wang palsu kertas bernilai RM100 itu dicipta melalui kertas fotokopi berdasarkan kertas serta warna yang lebih terang jika dibezakan  dengan wang asli itu. 

``Saya berniaga beras sudah lama dan sebelum ini, saya pernah dapat tiga keping wang kertas palsu bernilai RM50 dari pembeli dan saya masih ingat lagi wang kertas palsu RM50 itu tidak sama dengan wang palsu RM100 yang saya perolehi minggu lepas itu. 

BAHAGIAN belakang wang asli (di atas) dan wang palsu (bawah)


``Sebab itu saya kata wang kertas RM100 itu bukan setakat wang palsu sahaja malah wang itu diperbuat dari kertas fotokopi,’’ katanya ketika ditemui di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu semalam, Khamis 22 Oktober 2020. 

Nasir yang menjalankan perniagaannya dengan menjual beras di sekitar daerah Besut dan Setiu sejak 25 tahun lalu dan selama tempoh tersebut beliau memperolehi wang palsu daripada pembelinya sebanyak tiga keping wang palsu bernilai RM50 sekeping dan yang terbaharu wang RM100 sekeping. 

Beliau menyedari wang itu palsu pada waktu kejadian iaitu pada malam 17 Oktober 2020 lalu semasa beliau sedang mengira jumlah wang kesemuanya yang didapati daripada hasil jualan beras sepanjang hari.

NASIR sedang memikul beras untuk dijual sebuah kedai di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu.


Wang kertas palsu itu disertakan bersama 15 keping wang asli yang lain iaitu 9 keping RM100 dan RM50 (6 keping)  yang berjumlah RM800 dibayar oleh seorang pekedai dan semasa beliau mengambil wang daripada pekedai terbabit, beliau tidak melihat setiap keping wang yang dibayar itu. 

``Sebaliknya saya mengambil  wang yang dibayar oleh pekedai itu tanpa mengira jumlahnya kerana saya percaya pekedai  kemudian wang itu saya masuk ke dalam poket seluar dan saya terus beredar dari kedainya,’’ katanya. - KitaReporters

2
1
18
0
0

Copy Link: