Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, atau lebih mesra dipanggil Kapten Ahmad telah menubuhkan MY Heli Club (Kelab MY Heli) pada 3 Ogos 2018. Beliau dilantik sebagai Presiden bersama tujuh orang ahli jawatankuasa eksekutif dan mempunyai 28 orang ahli. : KitaReporters


Presiden MY Heli Club, Ahmad Jauhari Yahya. - Kredit foto: FB MY Heli Club


Lagi kisah-kisah berkaitan helikopter:

https://kitareporters.com/search?search=helikopter


MY Heli Club telah diasaskan bersama oleh para profesional dalam industri penerbangan yang telah bersara, selain bertujuan menyatupadukan dan mempertemukan pemilik-pemilik helikopter, juruterbang dan peminat-peminat industri penerbangan. 

Sehubungan itu, MY Heli  Club menjadi sebuah kelab helikopter pertama di Malaysia adalah entiti bukan komersial yang mengendalikan latihan juruterbang helikopter serta menyediakan perkhidmatan rangkaian penerbangan sosial seperti melihat pemandangan dari udara, rekreasi dan kembara (melancong) udara kepada mereka yang berminat.



Pada Ogos 2020, MY Heli Club pernah membuat promosi penerbangan helikopter Guimbal Cabri G2 dengan menjemput pihak media untuk merasai pengalaman terbang secara santai di udara di padang golf Templer Park Country Club, Rawang, Selangor.

Di majlis itu, pihak media telah dipertontonkan aksi akrobatik yang lincah dan berani oleh juruterbang helikopter Cabri G2 ketika berada di udara. 

MY Heli Club turut mempunyai dua buah lagi helikopter iaitu jenis Robinson 66 dan Bell 407 yang boleh disewa  dengan kemudahan empat tempat duduk digunakan oleh pihak media atau mana-mana pihak untuk membuat tinjauan dan liputan daripada udara.



Namun pada 8 November 2020, dua buah helikopter ringan milik MY Heli Club telah terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan dua individu iaitu Komandan (B) Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44, selepas helikopter yang mereka naiki terhempas berdekatan sebuah padang sekolah di Taman Melawati pada kira-kira pukul 11.46 pagi.

Manakala dua lagi mangsa yang terselamat iaitu Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51 yang menaiki helikopter berasingan hanya cedera ringan.

Kapten Sabri Baharom, yang terkorban dalam nahas tersebut merupakan tenaga pengajar terlatih atau ketua jurulatih profesional yang diiktiraf oleh Agensi Keselamatan Kesatuan Eropah.

Beliau berpengalaman luas dalam memandu helikopter dengan memiliki kredit jam penerbangan (helikopter) yang banyak di dalam dan luar negara.  


Kedua-dua Juruterbang dan pelatih ditemui maut dalam bangkai helikopter tersebut di Taman Melawati,Kuala Lumpur. -Kredit foto oleh orang awam.


Terdahulu, beberapa orang saksi di sekitar Taman Melawati berkata mereka terdengar bunyi dentuman kuat apabila kedua-dua buah helikopter itu dipercayai berlanggar sesama sendiri semasa di udara.

Tragedi malang itu turut dikongsi oleh pengguna-pengguna media sosial melalui hantaran tular beberapa video yang sempat dirakam mengenai kejadian sebuah helikopter yang tiba-tiba jatuh terhempas di kawasan berdekatan sebuah sekolah di Taman Melawati pagi Ahad itu.


Ahmad Jauhari Yayha (tiga dari kiri) bersama ahli-ahli MY Heli Club, termasuk dua individu terkorban iaitu jurulatih Mohamed Sabri Baharom (tiga dari kanan), pelatih Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi (dua dari kiri) dan seorang wanita Wendy Tan (dua dari kanan) yang terbabit dalam helikopter terhempas di Taman Melawati Kuala Lumpur pada 8 November 2020.  - Sumber foto: Facebook MY Heli Club 


MY Heli Club yang berpangkalan di Lapangan Terbang Subang menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti dijalankan termasuk penerbangan sosial seperti melihat pemandangan dari udara, kembara udara (melancong), rakaman foto dan video, rekreasi, berkunjung ke kawasan-kawasan menarik termasuk pulau-pulau yang sukar dilalui oleh kenderaan darat.

Slogan “Terbang-Terbang Cari Makan” merupakan program di mana mereka terbang ke Bentong, Pahang untuk menikmati Lemang To’ki yang popular; Nasi Padang di Tanjung Malim, Perak; makanan laut segar di Lumut; serta mengunjungi ladang dan dusun di Perlis dan Yong Peng, Johor.


MY Heli Club memiliki dua buah helikopter baharu jenis Cabri G2 iaitu Rouge dan Bleu (G29M-HCA dan 9M-HCB) yang dibeli dengan menggunakan sumber kewangan kelab tersebut.  - Kredit foto: FB MY Heli Club


Pada 19 Ogos 2019 kelab helikopter ini, telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menawarkan program latihan penerbangan helikopter untuk orang awam yang berminat memiliki ‘Lesen Juruterbang Swasta [PPL (H)]’.

Difahamkan program latihan untuk memperoleh lesen juruterbang helikopter,peserta-peserta dikenakan bayaran hanya sekitar RM180,000 setiap seorang berbanding harga pasaran RM500,000.

Pelajar atau pelatih perlu melakukan penerbangan sekurang-kurang 53 jam sebelum layak bergelar juruterbang helikopter yang terlatih dan bertauliah. 


Salah satu aktiviti yang menarik ialah menjelajah pulau-pulau yang terdapat di Malaysia dengan menaiki helikopter. 

Kredit foto: FB MY Heli Club


Sementara itu, helikopter keluaran syarikat Guimbal buatan Perancis mempunyai dua tempat duduk amat sesuai digunakan dalam latihan juruterbang baru kerana kendalian mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan canggih. 

Cabri G2 direka dengan ciri-ciri perlindungan terhadap juruterbang dan penumpang dan merupakan satu-satunya helikopter enjin piston yang diperakui peraturan EASA SC27- dan FAR 27 dengan memastikan penyerapan tenaga berimpak tinggi.

Pesawat ini juga dikatakan mempunyai tahap keselamatan lebih 15 kali ganda berbanding daripada helikopter lain dan mampu terbang selama empat hingga lima jam bagi satu-satu masa. - Kitareporters



Ahmad Jauhari Yahya gemar memandu helikopter serta menjelajah melihat keindahan pemandangan di udara sebagai satu aktiviti yang mempesonakan dan mengasyikkan. - Kredit foto: Instagram MY Heli Club


Sumber:

https://www.msn.com/en-my/news/national/air-accidents-bureau-to-call-up-heli-crash-survivors/ar-BB1aOhTj?ocid=msedgntp

https://www.facebook.com/myheliclub

3
1
0
0
0

Copy Link: