Setiap tahun pada tanggal 24 April hingga 30 April, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menyambut Minggu Imunisasi Sedunia. Objektif utama ialah memberi pendidikan serta maklumat tentang kebaikan dan manfaat dengan mengambil vaksin imunisasi demi menjaga kesihatan setiap individu ekoran kewujudan pelbagai penyakit berbahaya yang mengancam kehidupan manusia sejagat. : KitaReporters

Bayi dan kanak-kanak perlu mengambil suntikan vaksin imunisasi bagi melindungi mereka daripada terkena penyakit berjangkit. - Gambar hiasan


Isu imunisasi hangat diperdebatkan oleh sesetengah masyarakat dunia; namun ia amat perlu dilaksanakan bagi menentang atau perlindungan daripada pelbagai penyakit khususnya terhadap bayi dan kanak-kanak. 

Walaupun dunia masih buntu dengan beberapa penyakit berbahaya seperti novel Coronavirus (Covid-19), MersCov, SARS, AIDS/HIV, Ebola yang belum ada penawar atau vaksin khusus bagi merawat penyakit-penyakit tersebut; namun WHO tetap konsisten melaksanakan program imunisasi mereka. 

Pada tahun 2020, masih terdapat sejumlah 20 juta kanak-kanak di seluruh dunia tidak mendapatkan vaksin imunisasi atas pelbagai faktor dan musabab.

Tema kali ini, #VaccinesWork for All atau Vaksin Baik untuk Semua sejajar dengan peranan penting WHO menjadikan Tahun Antarabangsa Jururawat dan Bidan 2020 sebagai medium utama bagi mendekati masyarakat dunia berkempen tentang perihal mustahak vaksin imunisasi seawal usia.


Ada golongan antivaksin di Malaysia?

Pelik tapi benar,terdapat segelintir masyarakat di Malaysia menolak terus program imunisasi terhadap anak-anak mereka,kononnya ia tidak baik kepada tubuh badan manusia.

Berikut beberapa mitos yang mereka percayai disebabkan sama ada salah faham, kurang maklumat tepat atau mahu kekalkan kesihatan secara alami dan sebagainya. - KitaReporters

#Mitos 1

Penjagaan kebersihan diri sudah memadai dan mampu menangani daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit.

#Mitos 2

Penggunaan vaksin mempunyai kesan sampingan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

#Mitos3

Vaksin MMR berkaitan penyakit campak,beguk dan Rubella, kononnya dikatakan penyebab kepada penyakit Autisme

#Mitos 4

Penggunaan vaksin melebihi daripada satu jenis boleh menyebabkan gangguan kepada sistem imun atau antibody golongan kanak-kanak.


FAKTA SEBENAR

BIL.

FAKTA

1

Vaksin merupakan pembiakan organisma hidup yang mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria (dimatikan atau dilemahkan). Antigen berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti)

2

Vaksin mengandungi protein virus yang telah disucikan dan mengandungi bahan tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan lain-lain.

3

Ahli saintis memilih untuk menggunakan sel janin manusia berbanding haiwan kerana mudah membiak dengan banyak sebelum virus itu mati.

4

Formaldehid diguna pakai dalam proses penghasilan vaksin dalam kuantiti yang amat sedikit bagi untuk melemahkan virus (seperti virus polio dan hepatitis A) atau toksin bakteria (seperti toksin difteria dan tetanus).

5

Antibiotik digunakan untuk beberapa jenis vaksin untuk mencegah daripada pencemaran bakteria.


Jenis-jenis Vaksin :

WAJIB

BIL.

NAMA VAKSIN

BUTIRAN

1.

BCG( Basile Calmette-Guerin)

Perlindungan daripada Tuberkulosis.

2

DTap(Difteria,Tetanus,Pertusis)

Perlindungan daripada Difteria,Tetanus,Pertusis.

3

DT(Difteria,Tetanus)

Dos Booster Perlindungan daripada Difteria dan Tetanus.

4

Hib

(Haemophilus Influenzae Type B)

Perlindungan daripada Haemophilus Influenzae Type B

5

MMR(Measles, Mumps, Rubella)

Dos Booster Measles(campak),Mumps(beguk) dan Rubella

6

MR(Measles, Rubella)

Dos Booster Perlindungan daripada Measles(campak) dan Rubella

7

JE(Japanese Encephalitis)

Perlindungan daripada virus JE dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa oleh nyamuk melalui khinzir.

8

HPV(Human Papilloma Virus)

Dos ini diberikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun bagi mencegah kanser servik serta alat kelamin.


TAMBAHAN

BIL.

NAMA VAKSIN

BUTIRAN

1.

Rotavirus

Perlindungan daripada cirit-birit dan muntah yang teruk yang boleh menyebabkan kehilangan cecair badan yang banyak di kalangan bayi dan kanak-kanak.

2

Pneumococcal

Perlindungan daripada penyakit Meningitis(radang otak),Bakterimia(jangkitan darah),Pneumonia(jangkitan paru-paru) dan Otitis Media(jangkitan telinga)

3

Influenza(jenis A,B,C)

Perlindungan daripada sakit tekak, batuk, berasa kesejukan dan sakit kepala.

4

Meningococcal

Perlindungan daripada keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

5

Hepatitis A

Perlindungan daripada radang hati dan demam kuning.

6

Varicella

Perlindungan daripada cacar air yang mudah dijangkiti kepada kanak-kanak berumur 1-9 tahun.


Sumber:

1.https://www.who.int/news-room/events/detail/2020/04/24/default-calendar/world-immunization-week-2020

2.https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/838588506663617/

3.https://www.majalahpama.my/masih-ramai-yang-keliru-berapa-kali-anak-perlu-vaksin-ini-jadual-imunisasi-kkm-2019/

4. https://siraplimau.com/anti-vaksin-malaysia/

5. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/25/kkm-gerakan-anti-vaksin-punca-tahap-imunisasi-negara-merosot/

6. http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/

2
0
0
0
0

Copy Link: