Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia


PENGAMBILAN mayat pesakit Covid-19 secara paksa berlaku di seluruh dunia walaupun jumlahnya tidak banyak. Kaum keluarga yang enggan mayat mangsa Covid-19 dikebumikan mengikut protokol kesihatan sanggup melarikan mayat secara paksa.

Satu peristiwa ganas dan gempar berlaku di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD atau Hospital Daerah) Mokoyurli Buol di Sulawesi Tengah pada Rabu, 18 Ogos 2021. Seorang pesakit bernama Satria Idrus meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum maghrib.


.

Mayat bersama katil diusung keluar beramai-ramai dari hospital dan diarak sepanjang jalan.  -Kredit foto: Tribun Sulawesi.

Sehubungan itu, proses pemandian sehingga pengkebumian jenazah perlu dilakukan mengikut protokol kesihatan.

Namun kira-kira jam 8 malam, sekumpulan lelaki yang mendakwa saudara si mati datang ke hospital untuk mengambil jenazah Satria.

Namun pekerja kesihatan menasihatkan mereka tidak boleh membawa mayat itu keluar, maka berlaku kekecohan

Sebahagian lelaki itu mengamuk sementara sebahagian lagi melarikan jenazah itu dengan katil hospital sekali.


.

Saudara mara si mati membawa jenazah di jalan sehingga mengejutkan orang ramai. - Kredit foto: Tribun Sulawesi.


Ketika mereka keluar melalui lorong hospital, sebahagian lelaki itu turut merosakan sejumlah peralatan hospital.

Jenazah bersama katil itu dipapah melalui jalan-jalan sepanjang laluan. Kejadian itu menarik perhatian orang ramai. Jenazah dipapah sehingga ke rumah keluarga Allahyarham.

Sekumpulan anggota polis datang dan menasihatkan jenazah itu dihantar semula ke hospital. Namun mereka enggan dan jenazah berkenaan dikebumikan di perkuburan awam malam itu juga. 

Kejadian dipandang serius oleh Bupati (pegawai daerah) Kabupaten Buol, Amiruddin Rauf. Menurut Amiruddin pihaknya dengan kerjasama polis akan menahan dan mendakwa pihak terbabit. - KitaReporters


...

Keadaan di Hospital Daerah (RSUD) Mokoyurli Buol, Sulawesi Tengah kembali tenang. - Kredit foto:Tribun Sulawesi

 
0
0
1
0
0

Copy Link: