Gila Hindustan| Video| Kisah warna warni seni Aishwarya Rai! Dibatal jadi heroin kerana Salman Khan!
Published byGARA-GARA Salman Khan, aktor Shah Rukh Khan membatalkan tawaran kepada Aishwarya Rai sebagai heroin filem ‘Chalte Chalte’ (2003) dan menggantikannya dengan Rani Mukherjee.

Aishwarya Rai, bekas ratu cantik yang menempa nama dalam industri perfileman Bollywood, melalui kehidupan seni berwarna warni termasuk kisah putus cinta dengan Salman Khan.
Shah Rukh ialah pelakon utama ‘Chalte Chalte’ merangkap produser filem berkenaan di bawah syarikat Dreamz Unlimited. Syarikat ini ditubuhkan bersama aktres Juhi Chawla dan pengarah Aziz Mirza.
Syarikat itu kemudian ditukar nama kepada Red Chillies Entertainment.
Walaupun ketika itu Aishwarya sudah putus hubungan cinta dengan Salman, Shah Rukh bimbang penggambaran terganggu. Ini kerana Salman memandu ke lokasi setiap hari membuat kecoh. Dia dikatakan tidak boleh menerima hakikat putus cinnta.
Ketika itulah Shah Rukh membuat keputusan menggugurkan
Aishwarya dan menggantikannyadengan Rani. Dia tidak mahu penggambaran filemnya
berdepan masalah dan jadual penggambaran rosak.
Aishwarya sendiri pernah mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan ancaman Salman dan 41 ‘missed call’ daripadanya. Salman kemudian mendakwa perbuatan Aishwarya ini merosakkan kariernya.

Aishwarya Rai dalam filem 'Hum Dil De Chuke Sanam'. Mereka bertemu dan jatuh cinta ketika penggambaran filem ini.
Aishwarya dan Salam menjalin hubungan cinta tiga tahun dari 1999 hingga 2002. Mereka bertemu ketika menjalani penggambaran ‘Hum Dil De Chuke Sanam’ (1999). Hubungan layar perak ini bertukar kepada hubungan cinta sebenar.
Bagaimanapun mulai tahun 2001, hubungan mereka bergelora. Laporan media mendedahkan sikap kasar dan panas baran Salman.
Menurut Aishwarya, sepanjang hubungan terdapat insiden di mana Salman melakukan keganasan fizikal dan penderaan emosi terhadapnya. Namun Salman menafikan kenyataan tersebut.
Salman juga pernah membuat kacau di luar kediaman Aishwarya di Tingkat 17 sebuah apartment. Dia mengetuk pintu dengan kuat berkali-kali meminta Aishwarya membuka pintu. Dia mengugut akan terjun jika pintu tidak dibuka.
Aishwarya memutuskan hubungan dengan Salman pada Mac 2002.
Pada September tahun sama, dia mengeluarkan kenyataan media mengesahkan
perpisahan tersebut sambil menegaskan tidak sekali-kali akan berlakon dengan Salman
lagi.
Namun Salman bagai tidak boleh menerima keputusan Aishwarya dan masih mengganggunya. Kerana itu dia datang ke set ‘Chalte Chalte’ membuat kecoh.
Demi kelancaran penggambaran, Shah Rukh Khan terpaksa menggugurkannya.

Sebaik putus cinta dengan Salman Khan, Aishwarya Rai menjalin hubungan dengan Vivek Oberai tetapi tidak kekal.
Kisah hubungan dengan Salman ini adalah antara beberapa sisi menarik mengenai Aishwarya. Sebaik sahaja putus dengan Salman, dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktor Vivek Oberoi, anak kepada aktor Suresh Oberoi.
Hubungan mereka bermula pada 2003. Pada 2004, mereka bersama membintangi filem ‘Kyun! Ho Gaya Na’. Vivek dikatakan memberi 30 jenis hadiah kepada Aiswarya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30.
Tetapi hubungan bekas ratu cantik itu dengan Vivek juga tidak kekal.
Kisah mereka menjadi tumpuan di Bollywood apabila Vivek mengadakan sidang akhbar pada 1 April 2003. Dia mendakwa Salman Khan mengancamnya melalui puluhan panggilan telefon lantaran hubungan dengan Aishwarya.
Hubungan mereka akhirnya terkandas. Mereka berpisah pada 2005. Aishwarya berkahwin dengan Abhishek Bachchan pada 2007 sementara Vivek berkahwin dengan Priyanka Alva pada 2010.

Aishwarya Rai bersama suami, Abhishek Bachchan. Mereka berkahwin pada 2007.
Dalam filem ‘Dhoom 2’ keluaran tahun 2006, Aishwarya yang ketika itu bakal menjadi menantu keluarga Amitab Bachchan, melakonkan adegan intim dengan heronya, Hrithik Roshan.
Perkara ini tidak disenangi keluarga Bachchan. Kerana
itu dalam filem mereka berdua selepas itu, ‘Jodha Akbar’ (2008) dipastikan
tiada adegan intim antara mereka, tambahan Aishwarya sudah menjadi isteri Abhishek.
Yang lebih menarik perhatian, Amitabh sendiri dikatakan
mempunyai hubungan dengan Aishwarya sebelum dia berkahwin dengan anaknya. Tetapi
ramai percaya ia hanya khabar angin untuk merosakkan keharmonian keluarga
Bachchan.
Jika ada pun hubungan antara mereka ialah hubungan profesional dalam filem sebelum Aiswarya jadi menantu Amitabh. Tidak lebih daripada itu. Mereka pernah berlakon bersama dalam ‘Mohabbatein’ (2000), ‘Khakee’ (2004) dan ‘Bunty Aur Babli’ (2005).

Aishwarya Rai bersama Abhishek dan bapa mentua, Amitabh Bachchan (kanan).
Aishwarya kini adalah keluarga Bachchan. Hubungan kekeluargaan antara mereka rapat dan saling hormat menghormati. Tambahan keluarga Bachchan juga dihormati di Bollywood.
Kisah lalu Aishwarya hanya tersimpan sebagai kenangan warna warni dalam dunia seni. - KitaReporters
