Video| Dah boleh kahwin dah! Nikah pada hari Maulidur Rasul, 25 Ogos 2026? Disiarkan secara live!
Published byerdasar sumber yang boleh dipercayai majlis pernikahan pasangan popular penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 32, dan ahli politik Syed Saddiq, 33, yang dikenali sebagai BASS sedang dirancang pada hari Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1448 atau Selasa, 25 Ogos 2026.

Setelah dilamun cinta dan diikat dengan tali pertunangan pada 28 Mac 2026, detik bahagia itu sepatutnya sudah dikecapi pada 26 Jun 2026.
Namun ia terpaksa ditangguh kerana Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu memberi tumpuan kes rayuan pendakwaannya yang belum selesai.
Kini mereka sedang menghitung hari hari bahagia untuk diikat sebagai pasangan suami isteri selepas pada Isnin, 13 Julai 2026 lalu memberi kelegaan dan syukur kepada Ahli Parlimen Muar ini dan anggota keluarga.

Ia apabila Mahkamah Persekutuan Putrajaya melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada 4 pertuduhan iaitu melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.
Ibu bapa Syed Saddiq ada memberi lampu hijau untuk majlis yang tertunda itu akan diterus setelah Syed Saddiq bebas sepenuhnya.

Ketika Syed Saddiq mengadakan sidang media selepas keputusan dibaca, dia turut diaju pertanyaan pihak media bila akan melangsungkan perkahwinan dengan Bella Astillah, dia cuma menyatakan dalam masa terdekat.
Namun berdasar sumber yang boleh dipercayai majlis pernikahan dirancang pada hari Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1448 atau Selasa, 25 Ogos 2026 iaitu kira-kira lima minggu lagi.
Sementara majlis resepsi dijangka berlangsung pada 29 atau 30 Ogos 2026.

Ia bergantung pada kelapangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka menjadi tetamu kehormat (VVIP) pada majlis resepsi. Sejumlah ahli politik akan turut diundang dalam majlis resepsi itu.
Dan majlis akad dan resepsi juga terikat dengan stesen TV Astro yang memegang hak siarannya bagi menjadikan ia akan perkahwinan meriah bagi tahun 2026.


Sementara majlis resepsi bagi pihak Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dijangka berlangsung di kampung halaman Bella di Sandakan, Sabah pada bulan Disember 2026.
Walaupun Syed Saddiq menghadapi dakwaan dan boleh dipenjara jika rayuan pihak pendakwaan diterima, namun Bella sentiasa memberi sokongan kepada Syed Saddiq dan berdoa kerana percaya kepada kejujuran tunangnya. - KitaReporters
