Video| Kotornya! Jijiknya! Penumpang hampir termuntah! Dapat kereta Grab umpama rumah bergerak!
Published byPerkhidmatan e-hailing (e-panggilan) sememangnya menjadi pilihan ramai kerana menawarkan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
Namun, selain faktor harga dan masa menunggu, aspek kebersihan serta keselesaan kenderaan juga menjadi antara perkara yang paling dititikberatkan oleh penumpang.
Malah, ramai sanggup memberikan penilaian tinggi kepada pemandu yang menjaga kebersihan kereta mereka dengan baik.
Bagaimanapun, pengalaman yang dikongsi oleh seorang
wanita menerusi akaun TikTok @tengkuafeeza11 benar-benar mengundang rasa geli dan jijik,
malah membuatkan ramai netizen tidak percaya dengan keadaan sebuah kereta Grab
yang dinaikinya.
Video tersebut yang tular dalam media sosial memaparkan suasana dalam kenderaan berkenaan yang didakwa terlalu kotor sehingga menyebabkan dirinya berasa loya dan hampir muntah sebaik tiba di rumah.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa pemandu
berkenaan mematikan penghawa dingin dan hanya menghidupkan sebuah kipas kecil
berwarna hitam yang diletakkan untuk penumpang.
"Tengoklah gambar kedua tu, dia pulak pasang
kipas letak kat bawah seat. Kau nak
bagi benda apa kena angin?" tulisnya.
Menurut wanita tersebut, sebuah lagi kipas berwarna biru yang diletakkan berhampiran kaki pemandu pula kelihatan lebih berfungsi untuk dirinya sendiri.
"Dengan off aircond, dia bagi aku kipas hitam tu pun on seketul je. Lepas itu yang bawah kaki dia tu yang warna biru tu. Sumpah eh, aku sampai je rumah, aku muntah," luahnya.

Tidak terhenti di situ, menerusi satu lagi perkongsian, wanita tersebut meminta orang ramai melihat keadaan getah pada pintu kereta yang didakwanya dipenuhi kulat.
"Tolonglah perhati dekat setiap getah pintu
dia. Dah berkulat. Sumpah aku yang dekat dalam kereta ni tengah sakit,
bertambah-tambah rasa sakit, weh," katanya lagi.
Malah, menurut wanita itu, keadaan sebenar kereta
tersebut lebih teruk daripada apa yang berjaya dirakam.
"Kalau boleh rakam zoom betul-betul punyalah
berhabuk, berkerak. Kereta macam tak pernah basuh tahu," jelasnya.
Perkongsian itu pantas mencuri perhatian warga maya yang rata-rata terkejut dengan keadaan kenderaan tersebut.

Seorang netizen secara berseloroh berpendapat pemandu tersebut mungkin bekas pemandu teksi. "Nampak sangat ex-driver taxi," tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi netizen pula tidak dapat
menyembunyikan rasa hairannya.
"Apa huru-hara Grab kau dapat ni ahahaha,"
katanya.
Manakala netizen lain turut berseloroh melihat pelbagai barangan yang terdapat di dalam kereta berkenaan.
"Hahahaha aduhai pagi-pagi kelam kabut bawa sekali baju semua, alang-alang sidai. Duhh report Grab apa ni miska," sarannya.

Tidak kurang juga yang mengaitkan isu tersebut
dengan kadar tambang dan komisen yang diterima oleh pemandu.
"Anda kurangkan tambang dan potong komisen
pemandu, maka anda akan mula melihat lebih ramai pemandu seperti ini. Ambil
perhatian," katanya.
Bagaimanapun, pemilik video berkenaan berpandangan
bahawa apa jua keadaan ekonomi atau kadar komisen yang diterima, pengalaman
penumpang sepatutnya tidak terjejas.
"Saya tak pasti sama ada tambang dan komisen
pemandu dikurangkan atau tidak, tetapi ia tetap tak sepatutnya menjejaskan
pengalaman penumpang," jawabnya.
Dalam masa sama, seorang netizen turut mencadangkan
supaya wanita tersebut segera meminta pemandu memberhentikan kenderaan
sekiranya berasa tidak selesa.
"Kalau saya, uncle berhenti! Nak muntah dan saya tak boleh macam ni. Orang bayar nak selesa. Grab dah ada pilihan pemandu wanita, boleh mula guna pilihan itu," katanya.

Ada juga yang membuat spekulasi bahawa pemandu tersebut mungkin tinggal di dalam keretanya sendiri.
"Saya rasa dia tinggal dalam kereta. Macam gelandangan di Amerika Syarikat yang memilih untuk hidup dalam kereta," komen netizen tersebut.
Namun, pemilik video tersebut mengakui dia sendiri tidak pasti dengan keadaan sebenar pemandu berkenaan. "Entahlah, tak tahu nak cakap," balasnya ringkas.
Difahamkan, wanita tersebut sudah membuat laporan kepada pihak Grab mengenai kejadian yang dialaminya. Namun, dia mendakwa tindakan yang diambil seolah-olah tidak memberikan sebarang perubahan.
"Dah report awak, tapi macam tak ada function pula," luahnya.

Kebanyakan netizen berpandangan bahawa walaupun cabaran hidup setiap individu berbeza, aspek kebersihan kenderaan tidak sepatutnya diabaikan kerana ia melibatkan keselesaan serta keselamatan penumpang.
Malah, ada yang berpendapat kebersihan kereta
mencerminkan tahap profesionalisme seseorang pemandu, lebih-lebih lagi apabila
perkhidmatan yang diberikan melibatkan bayaran daripada pelanggan.
Apa pun puncanya, selain kadar tambang yang berpatutan, kualiti dan kebersihan perkhidmatan juga memainkan peranan penting dalam memastikan pengalaman penumpang sentiasa berada pada tahap terbaik. - KitaReporters

