Bantuan rentas benua dan ras! Dunia Melayu Dunia Islam perjuang nasib golongan yang memerlukan!
Published byKepedulian serta keprihatinan Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dalam memperjuang nasib pelbagai golongan masyarakat seharusnya diteladani.

DMDI Pulau Pinang telah turun padang memberi dokongan dan sokongan terhadap perjuangan membela Melayu dan Islam.
Namun begitu ras dan bangsa tidak menjadi halangan untuk terus membantu siapa sahaja yang memerlukan.
Ideologi politik, fahaman dan pandangan berbeza bukan satu alasan untuk menidakkan keperluan sebagaimana tuntutan fardu kifayah.
Sehubungan itu bantuan komuniti, program kemasyarakatan tetap menjadi keutamaan.

Penerusinya, Abdullah Mohamed Nor ketika ditemui berkata DMDI tidak memilih warna kulit atau bangsa untuk dibantu.
Yang diberi perhatian ialah mereka yang daif, asnaf, miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan seumpamanya.
"Ada warga asing beragama Islam yang diraikan setelah dikenal pasti kedaifan dan keperluan mereka." ujarnya.
Yang terkini katanya ialah pertemuan dan perbincangan dengan MAPIM dan wakil dari Baitulmaqdis sempena peringatan Hari Nakbah Palestin di Universiti Sains Malaysia pada 15 Mei 2026 lalu.

Selain itu DMDI turut santuni dan prihatin terhadap warga asing Muslim yang bertugas serta jauh dari famili.
Malah dokongan turut diberikan kepada banduan di Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal dengan sumbangan pelbagai bahan bacaan ilmiah dan fiksyen.
Turut disumbangkan terkini ialah barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik dan sempurna kepada Kedai Komuniti Home2Home di Butterworth.
Mangsa kebakaran, tukang sapu dan pelbagai lagi golongan masyarakat khususnya yang terlibat dengan tugasan kotor, bahaya dan sukar (3D) juga diberi perhatian oleh DMDI. - KitaReporters


