Motosikal futuristik! Siap dipasang pemain media Android 10in! Ada loudspeaker, speedometer digital!
Published byRamai pemilik kenderaaan seperti kereta dan motosikal yang suka melakukan ubah suai terhadap kenderaan mereka yang menyalahi undang-undang.
Pemuda ini ditahan oleh JPJ kerana memiliki motosikal yang diubah suai secara keterlaluan. - Kredit foto: FB JPJ Kedah
Mereka bangga apabila kenderaan mereka tidak pernah ditahan oleh pihak berwajib seperti anggota polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Namun pihak polis dan JPJ seluruh negara sering mengadakan operasi dan berjaya menahan dan menyita sejumlah kenderaan yang tidak mematuhi peraturan.
JPJ negeri Kedah yang menjalankan operasi di KM1, Jalan Alor Setar pada 30 Jun 2026 lalu, jam 8 malam berjaya menahan sebuah motosikal jenis Honda C70 yang lain daripada biasa.

Hasil pemeriksaan mendapati motosikal itu menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh sejak tahun 2016, selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah dan masih didaftarkan atas nama pemilik yang telah meninggal dunia.
Selain itu, ia juga diubah suai tanpa kelulusan dengan melakukan renovasi yang tidak dilulus.
Motosikal yang dinaiki pemuda berusia 25 tahun itu didapati melakukan pengubahsuaian yang melampau seperti pemasangan pemain media Android 10 inci yang lazimnya digunakan dalam kereta, pembesar suara, lampu kabus berwarna kuning, serta meter digital.
Berita mengenai sitaan motosikal futuristik itu dimuat dalam laman Facebook JPJ Negeri Kedah.
Pemain media Android 10 inci untuk kereta turut dipasang pada motosikal.
Menurut Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, tindakan sitaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan hanya kenderaan yang mematuhi peraturan dibenarkan berada di jalan raya.
Tambahnya, JPJ juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa memperbaharui LKM dan insurans, mengemas kini urusan pemilikan kenderaan serta mendapatkan kelulusan bagi sebarang pengubahsuaian.
Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, malah berisiko menyebabkan pemilik menanggung sendiri kos kerugian dan pampasan sekiranya berlaku kemalangan. - KitaReporters
