Cipta rekod! 100,000 udang segar! 1,000kg! 1km! 1,000 hadirin! Udang celup tepung masuk buku MBOR!
Published byHebat Malaysia! 100,000 ekor udang segar, 1,000 kilogram dan sepanjang 1 kilometer telah berjaya disajikan kepada 1,000 hadirin di atas 547 buah meja di pesisir pantai Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu pada 27 Jun 2026.


Sepanjang 1 kilometer, 100,000 ekor udang celup tepung yang seberat 1,000 kilogram disajikan di atas deretan 547 buah meja yang telah disusun rapi dan menarik.
Malah kejayaan itu ternyata melakar sejarah setelah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).
Kolaborasi 21 pengusaha makanan celup tepung telah berjaya menyediakan seribu kilogram udang segar yang digoreng secara gotong royong.
Komitmen penyediaan selama lebih sebulan terbukti membuahkan hasil apabila hidangan udang celup tepung tersebut diagihkan secara percuma kepada 1,000 hadirin yang hadir menjayakan Karnival Pekan Budaya Daerah Setiu, Terengganu.

Program anjuran Pejabat Daerah Setiu tersebut bukan sahaja menjadi platform mempromosikan produk pelancongan sebaliknya mencambahkan lagi ekonomi dan sumber pendapatan pengusaha makanan terbabit.
Sebenarnya Rhu 10 merupakan destinasi popular hidangan udang celup tepung.
Adalah diyakini pengiktirafan MBOR mampu melebarluaskan lagi produk tersebut serta merancakkan ekonomi para pengusaha makanan tradisional terbabit.
Secara tidak langsung ia membawa bersama rasa kampung pesisir, semangat gotong-royong dan kebanggaan komuniti setempat.

Dari gerai tepi pantai yang sering kali menjadi tempat kunjungan ramai, makanan celup tepung kini telah diangkat sebagai identiti lokal sehingga peringkat nasional.
Inisiatif sebegini sudah pasti dapat melonjakkan populariti udang celup tepung serta venue Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu. - KitaReporters

