Video| Terima kasih! Inisiatif FlySiswa bantu 50,000 pelajar! Jualan Agro Madani LKIM jimatkan kos!
Published byUsaha kerajaan Madani sedia ada melalui program FlySiswa amat membantu terutama menjelang lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.


Melalui program ini adalah dijangkakan ia dapat mengurangkan beban 50,000 pelajar daripada universiti awam bagi pembelian tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan yang meningkat pada musim tertentu terutama pada musim perayaan.
Melalui program FlySiswa setiap pelajar akan menerima bantuan subsidi berjumlah RM400 untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tiket penerbangan ini merupakan subsidi kerajaan Madani bagi mengurangkan beban pelajar merangkumi institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri, institut berkaitan perladangan dan komoditi, universiti separa kerajaan, institut latihan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) serta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), politeknik, kolej komuniti dan juga kolej matrikulasi.

Sementara itu, Program Jualan Agro Madani anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang diadakan pada 8 Mac 2026 di Rompin terbukti membantu nelayan Kuala Rompin dan ia sangat terkesan di hati rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.
Sebanyak 1 tan metrik ikan pelbagai spesis dan hasil laut yang lain habis dijual dalam tempoh 1 jam setengah.
Jualan Agro Madani melibatkan ikan murah yang segar dengan diskaun lebih 30 peratus daripada harga pasaran turut melibatkan udang,sotong ketam dan pelbagai jenis ikan.

Produk ikan sejuk beku keluaran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dijamin kesegarannya dengan harga RM10 sekilogram dikurangkan kepada RM5 sekilogram.
Selain daripada itu produk makanan mentah lain seperti ayam,daging dan sayur turut dijual dengan harga diskaun.
Ternyata Jualan Agro Madani yang dilaksanakan mampu membantu menjimatkan kos perbelanjaan dan sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. - KitaReporters

Pelbagai produk disediakan bagi kemudahan orang ramai semasa Jualan Agro Madani LKIM.
