Video| Untuk kemudahan anak-anak Sarawak! UUM sedia tawar pelbagai kerjasama dengan Yayasan Sarawak!

Published by
KitaReporters

Prof. Dr.Haim Hilman Abdullah bersama delegasi dari Yayasan Sarawak.

Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia menawarkan kerjasama dengan Yayasan Sarawak dalam program Mentor, Duta, Pemikir, Bijak, Mekar, Ikhlas, Emas, Kecemerlangan Pelajar, Paksi dan lain-lain lagi selain daripada kerjasama yang terjalin sebelum ini.

Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dalam pertemuan dengan Pengarah Yayasan Sarawak yang juga Alumni UUM, Mersal Abang Rosli mempelawa mereka untuk bekerjasama dalam pelbagai aspek.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UUM

Delegasi dari Yayasan Sarawak bergambar kenangan dengan Naib Canselor UUM.


Katanya, selain daripada penajaan atau sumbangan biasiswa, pihak universiti juga bersedia menawarkan blok-blok penginapan atau bilik yang ditaja oleh yayasan untuk kemudahan anak-anak dari negeri itu.

Sebagai tambahan pula pihak universiti juga bersedia untuk membuka peluang dalam program Ikhlas (Institut Kajian Halatuju dan Agenda Strategik) bagi membentuk kerjasama strategik dalam aspek penyelidikan, perundingan, penerbitan, latihan dan lain lagi.

“Kami juga bersedia untuk menganjurkan program yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah dari Sarawak ke kampus ini terutama ketika cuti persekolahan,” sambung beliau lagi.


Mersal Abang Rosli menandatangani buku pelawat.

Dalam pada itu Mersal Abang Rosli ketika ditemui melahirkan rasa gembira kerana bukan sahaja dapat pulang ke kampus UUM ini malah daripada perkongsian oleh Naib Canselor Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah tadi memberi peluang kepada mereka untuk membangunkan sektor pendidikan negeri seperti yang disarankan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kami amat berbesar hati dengan tawaran-tawaran oleh Naib Canselor tadi bukan sahaja kepada pelajar yang sedang menyambung pengajian di sini malah menawarkan juga peluang kepada rakyat Sarawak terdiri dari pelajar atau yang telah bekerja untuk menganjurkan program secara bersama atau juga menyambung pengajian di universiti pengurusan yang hebat ini,” katanya.

Dalam kunjungan ini pihak Yayasan Sarawak juga menyumbangkan RM10,000 bagi pelajar di UUM Kampus Sintok menggunakannya untuk menjalankan aktiviti mereka. - KitaReporters


19
10
0
15
0

Copy Link: