Jabatan Keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sentiasa komited dalam mendepani pelbagai cabaran dalam menjamin keamanan dan keselamatan kampus. 

Seiring dengan falsafah dan misi yang dibawa, jabatan keselamatan mengambil inisiatif dengan menganugerahkan pangkat Ketua Pegawai dan Timbalan Pegawai Keselamatan Universiti (Kehormat) kepada Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dan Pendaftar Dato’ Muhammad Haizuan Rozali yang julung-julung kali dilaksanakan di Universiti Awam. 

Ini bertujuan untuk mewujudkan sistem atau pemerintahan rejimental selaras dengan Pasukan Badan Uniform Jabatan Keselamatan Universiti.



Majlis perbarisan tabik hormat diadakan sejurus pemakaian pangkat dijalankan di pekarangan Jabatan Keselamatan.

Turut diadakan Majlis Pelancaran Penubuhan Civil Defence Auxiliary – Emergency Response Team (CDA ERT) Jabatan Keselamatan USIM yang telah diluluskan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada 12 Disember 2023 baru-baru ini. Penubuhan CDA ERT ini merupakan yang kedua di Negeri Sembilan. 

Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Keselamatan atas kejayaan 25 orang anggotanya yang telah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Pengurusan Sekuriti secara Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi meningkatkan tahap pendidikan yang lebih tinggi agar dapat memberi impak positif kepada perkembangan profesional mereka dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti pengurusan sekuriti universiti. 



“Harapan saya untuk melihat Jabatan Keselamatan lebih maju dan terus mengorak langkah cemerlang pada masa akan datang, dan dapat mengekalkan serta meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi bagi mendepani cabaran masa akan datang”, ujarnya lagi.

Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof. Dato' Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor; dan Pengarah Jabatan Keselamatan Encik Mohd Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin. - KitaReporters/USIM



9
12
0
14
0

Copy Link: