Bukan sekadar fantasi! Teknologi AR ciptaan pelajar POLIMAS ubah realiti cara bina taman permainan!
Published bySiapa sangka, hanya dengan imbasan kod QR, sebuah taman permainan maya muncul secara realistik di depan mata!
Kehebatan teknologi Augmented Reality (Realiti Terimbuh atau AR) melalui aplikasi AHC PlaySpaceAR telah memukau panel penilai sehingga dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Pengarah (Projek Terbaik Keseluruhan) pada Pertandingan Projek Akhir Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (FYPCom @ POLIMAS 2026) di Dewan Sri Mas, POLIMAS, Jitra, Kedah.

Projek
futuristik hasil ciptaan pelajar Diploma Teknologi Maklumat itu bukan sahaja
membawa pulang gelaran tertinggi, malah turut menyapu bersih Anugerah Platinum
1 dan Anugerah Emas.
Kejayaan
luar biasa ini membolehkan kumpulan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai
serta sijil pengiktirafan.
Pertandingan
yang merupakan acara tahunan berprestij ini bertujuan mencungkil bakat dan
kreativiti pelajar dalam menghasilkan inovasi serta idea-idea baharu yang mampu
mengubah landskap industri.
Ketua
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, yang mewakili Timbalan Pengarah
Akademik POLIMAS Noor Azmiza Ideris dalam kenyataan media pada 29 April 2026 menyifatkan hasil kerja
pelajar tahun ini sebagai bertaraf tinggi dan sangat relevan dengan tuntutan
pasaran kerja.
“Projek yang dipamerkan mencerminkan semangat inovasi yang luar biasa. Keupayaan pelajar mengintegrasikan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Of Things (IoT) membuktikan graduan TVET kita bukan sahaja mahir teknikal, malah mampu menjadi penyelesai masalah industri yang mampan,” tegas beliau.

Inilah kehebatan teknologi Augmented Reality (AR) melalui aplikasi AHC PlaySpaceAR yang menunjukkan model sebuah taman permainan.
AHC
PlaySpaceAR, yang dibangunkan oleh Zarith Nurul Aina Sobri dan Hizaril Ahmad
Habibullah di bawah bimbingan pensyarah penyelia, Rosnida Baharuddin,
membolehkan kontraktor dan pelanggan melihat visual taman permainan dalam
bentuk 3D secara masa nyata sebelum ia dibina.
Zarith Nurul
Aina berkata, aplikasi ini memudahkan urusan industri pembinaan kerana melalui
aplikasi ini pengguna boleh 'meletakkan' model taman permainan di lokasi
sebenar dan mengubah suai saiz serta kedudukannya secara interaktif.
Sementara
itu, Rosnida berkata, inovasi ini bukan sekadar untuk penilaian akademik,
tetapi telah direka untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan
mengurangkan pembaziran sumber melalui simulasi awal yang tepat.
“FYPCom@POLIMAS 2026 sekali lagi membuktikan bahawa institusi TVET merupakan "kilang" utama dalam melahirkan pencipta teknologi masa hadapan yang kreatif, berani, dan kompeten,” katanya. - KitaReporters

Zarith Nurul Aina Sobri (dua dari kiri) dan Hizaril Ahmad Habibullah (kanan) bersama penyelia di POLIMAS, Jitra, Kedah.
