Sempena sambutan Aidiladha tahun 2026 ini, Maggi Malaysia hadir bersama komuniti di beberapa lokasi terpilih di Pantai Timur, Pantai Utara dan Wilayah Persekutuan, termasuk masjid-masjid komuniti serta Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan, dalam mengiringi tradisi korban. 


Wakil Maggi dan Ustaz Abu Bakar Mohamad Noor Al-Hafiz (dua dari kanan), Setiausaha Ahli Jawatankuasa Kariah semasa pengagihan pek Kiub Pati Lembu Maggi di Masjid Mahmoodiah Putrajaya.


Menerusi inisiatif ini, Kiub Pati Lembu Maggi yang baharu diagihkan kepada lebih daripada 15,000 keluarga bersama daging korban sebagai cara Maggi berkongsi semangat rezeki dan kebersamaan Aidiladha bersama masyarakat Malaysia.

Inisiatif “Penyambung Rasa Aidiladha” ini berlangsung antara 28 hingga 30 Mei 2026 lalu di beberapa lokasi terpilih, termasuk Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah; Masjid Felda Bukit Bading di Terengganu; Masjid Mahmoodiah di Putrajaya; dan Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 

Sebanyak 10,000 pek pensampelan telah diagihkan kepada komuniti setempat, dengan setiap pek mengandungi dua unit Kiub Pati Lembu Maggi 20g dalam format pek pensampelan khas berserta resipi Sup Daging. 

Diinspirasikan untuk hidangan Sup Daging yang dinikmati dalam pelbagai cara mengikut tradisi dan cita rasa komuniti berbeza di seluruh Malaysia, Maggi bekerjasama dengan tukang masak komuniti dan pelajar UMK dalam aktiviti gotong-royong menyediakan sajian tersebut untuk diagihkan kepada penduduk setempat sempena Aidiladha.

“Aidiladha sentiasa membawa makna yang cukup istimewa buat rakyat Malaysia. Selain semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki, musim ini juga amat sinonim dengan tradisi memasak dan menikmati hidangan daging bersama keluarga dan komuniti. 

"Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat terus menyokong tradisi tersebut sambil memberi keyakinan kepada generasi muda untuk mencuba sendiri resipi yang dekat dengan budaya dan kenangan mereka,” kata Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi Malaysia dan Singapura. 


Dr. Mohd Rushdan Yaso’a (dua dari kiri), Pensyarah dan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Cef Residen Maggi, Sharifah Hamidah Syed Mohsin (kanan) bersama peserta semasa penyediaan hidangan daging menggunakan Kiub Pati Lembu Maggi.

“Setiap pek yang diterima oleh keluarga adalah cara kecil kami menyampaikan terima kasih kepada masyarakat yang telah sekian lama menjadikan Maggi sebahagian daripada dapur mereka," katanya.

“Warisan masakan keluarga Malaysia tidak harus terhenti pada generasi ibu dan nenek. Anak muda yang mula belajar memasak hari ini akan menjadi pewaris dapur kita pada masa hadapan,” tambah Ivy Tan. 

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat membantu generasi muda mendekati resipi tradisional Sup Daging, hidangan yang cukup dekat dengan Aidiladha dan dinikmati dalam pelbagai cara mengikut komuniti dan negeri di seluruh Malaysia.”

Diperkenal khas untuk hidangan daging tempatan, Kiub Pati Lembu Maggi yang baharu direka agar mudah digunakan dan memberikan rasa daging yang kaya tanpa perlu mengambil masa yang lama di dapur. 

Selepas musim Aidiladha, ia juga boleh didapati di pasar raya berdekatan di seluruh negara.

Melalui pendekatan “Penyambung Rasa Aidiladha”, Maggi berharap dapat terus mengiringi usaha masyarakat dalam memelihara tradisi masakan tempatan sambil menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna keluarga Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


Barisan kepimpinan Masjid Mahmoodiah Putrajaya bersama sukarelawan dan ahli komuniti bergambar bersama sewaktu pengagihan daging korban dan pek Kiub Pati Lembu Maggi bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2026.

10
13
0
17
0

Copy Link: