Ayuh persatuan, kelab dan pertubuhan belia dan sukan untuk segera rebut peluang dana yang disediakan oleh kerajaan Madani melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).


Dana Rakan Muda yang disediakan bagi tahun 2026 sudah boleh dipohon sekarang.

Dana Rakan Muda dan bantuan kewangan bagi penganjuran program.

Jangan lepaskan peluang ini kerana JBSN terbukti sentiasa komited dalam menyokong pelaksanaan program pembangunan komuniti, khususnya yang melibatkan belia dan sukan.

Sehubungan itu, pelbagai bentuk sokongan termasuk dari aspek pendanaan telah pun disediakan. 

Antara inisiatif yang telah disediakan adalah bagi pemegang taruh seperti persatuan, kelab dan pertubuhan. Manakala dana yang disediakan adalah Dana Sukan Komuniti, Dana Rakan Muda dan Geran Padanan Sukan.

Kelab Rakan Muda, Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) serta persatuan, kelab mahupun pertubuhan yang berdaftar dengan pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) adalah antara kumpulan yang boleh memohon dana yang telah disediakan.


Permohonan turut dikategorikan kepada beberapa kategori tertentu.

JBSN komited demi memperkasakan belia dan sukan. Justeru itu, orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut mengenai dana yang disediakan boleh melayari laman sesawang rasmi di www.kbs.gov.my.

Pertanyaan juga boleh dikemukakan melalui emel ke [email protected]

Sementara itu permohonan yang tidak dipertimbang ialah organisasi yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai pendaftaran yang sah. 

Bagi mendapat maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu, talian untuk dihubungi ialah 03-88713720 atau 03-88713268.


Antara permohonan yang boleh dipertimbangkan.

Terdapat juga program yang tidak dibenarkan.

Sementara itu, Madani Mart yang diperkenal adalah kedai komuniti yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan mudah diperolehi rakyat seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan Madani.

Malah usaha kerajaan mewujudkan Madani Mart membuktikan ia sebagai salah satu tindakan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.  

Inisiatif ini mampu memanfaatkan lebih ramai rakyat terutama yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup kini. 


Madani Mart pertama yang dibuka di Kuantan pada 4 April 2026 merupakan premis perintis sulung.

Madani Mart sulung telah dibuka sebagai premis perintis pada 3 April 2026.

Kewujudan lebih banyak Madani Mart memberi peluang yang luas kepada golongan B40 serta penduduk di kawasan luar bandar mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah.

Cadangan kerajaan bagi menambahkan cawangan Madani Mart turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya dalam sektor peruncitan.

Cawangan sulung yang dibuka pada 3 April 2026 di Indera Mahkota, Kuantan dengan sasaran 640 cawangan di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan memberi banyak manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat dalam negara ini. - KitaReporters


Antara barangan yang boleh didapati di Madani Mart kini.
Pelbagai tawaran disediakan bagi menarik lebih ramai golongan B40 mendapat kemudahan yang disediakan.

7
17
0
10
0

Copy Link: